Tuesday, January 8, 2013

Strong ?

Assalamualaikum.

Aku bangun dari tidur awal daripada biasa. Iya, tentunya ia agak kekok buat kali pertama bagi pelajar sekolah pagi tahun ini. Bersiap, kehulu kehilir di dalam bilik setiap pagi. Iya aku anggap persediaan ke sekolah kali ini seperti bersenam di waktu pagi. Sihat pun sihat. Kalau dah setiap hari berlari di dalam bilik. Ketawa kecil disini.
Setelah semuanya siap, aku turun bawah, membuat sarapan yang ringkas dan mudah iaitu bancuh air milo. Sejak kecil itu sajalah air kegemaran ku. Aku juga siapkan air suam panas khas buat mak tercinta supaya beliau dapat makan ubatnya. Tepat jam 7:05 pagi aku akan keluar dari rumah itu. Sudah tentulah aku akan mencium tangan lembut mak dan tangan kasar babah. Cium pipi mereka dan mereka sudah pasti akan mengeluarkan kata-kata yang berkaitan dengan pelajaran.
Aku berjalan kaki ala-ala gaya orang berdikari bersama teman ku Syahirah atau lebih suka digelar Iera. Sambil menghirup udara segar, aku berfikir panjang. Tentang orang tersayang, sudah tentu aku mahu membuat mereka bangga terhadap diri aku. Aku harus buktikan kepada mereka bahawasanya aku boleh melakukannya. Ye aku boleh. Sesudah sampai di sekolah, aku harus berhimpun seperti pelajar-pelajar lain. Sungguh janggal menjadi junior di pagi hari persekolahan. Mendengar kata-kata guru menyambut pelajar baru di sesi pagi. Ya, pelajar tingkatan 3. Tahun ini tahun terakhir PMR. Aku ? Aku adalah salah seorang calon PMR yang terakhir. Para guru memberi kata-kata semangat untuk kami meningkatkan prestasi diri kami mahupun sekolah.
Di pagi hari, aku agak kecewa dan sedih kerana aku telah turun kelas. Daripada kelas 2 Amanah iaitu kelas ke-4 turun ke kelas 3 Cekap, kelas ke -6. Memang agak ganjil berada di kelas orang. Lagi-lagi hanya Iyli,Iffah, Sharizah dan aku yang gred bagus dalam kelas itu. Aku ingin masuk ke kelas 3 Amanah. Tetapi tidak kesampaian. Ahli-ahli Cekap being such a nice classmates. Thank Allah.
Sememangnya aku bercakap jujur, sekolah pagi waktunya berjalan sungguh pantas. Biasalah jikalau ada juga menguap dalam kelas. Waktu jalan pantas tetapi bila pulang ke rumah terasa sungguh penat. Tapi aku kuatkan semangat aku, aku mandikan mak, kemas rumah, buat kerja sekolah. Memang dikatakan tiada masa TV. Tuisyen jika aku lapang pada waktu petang, aku pergi tuisyen petang jika tidak malam lah jawabnya.
Kadang-kadang, jika terlalu letih, aku tertidur pada waktu petang. Kesungguhan aku dalam pembelajaran dan menjaga semua ahli di dalam rumah ini terlalu kuat sampaikan aku kurang makan. Tidak tahu lah kenapa memang takda selera nak makan. Makan pun sikit je. Tetapi entah kenapa Aina berkata bahawa minggu ke-2 sekolah aku sudah kelihatan tembam. Mungkin kerana aku berkata kepada diri aku "kalau aku tak makan, nanti tak kuat nak buat kerja rumah, nak belajar, nak banggakan mereka yang tersayang."  Jadi dengan kata-kata ajaib itu, aku dah bertambah makan sedikit demi sedikit. Rutin harian ku berulang dan berulang.
Kawan? Alhamdulillah hubungan kami makin lama makin rapat. Tetapi ada seseorang tidak menghargai hubungan persahabatan ini, dia hanya memandang remeh sahaja. Aku percayakan dia, aku jujur terhadapnya, apa salah aku? Tidak, aku tidak bersalah. Dia yang bersalah. Dia yang rugi kerana memandang persahabatan ini hanyalah satu gurauan. Dia yang rugi kerana membuat aku menjadi benci terhadap dirinya yang hanya tahu menyakitkan mahupun memainkan perasaan orang lain sahaja. Dia membohongi aku sejak pertama kali aku jumpa dia. Kata-kata dia yang baik dan manis itu ada sesuatu di sebaliknya. Mungkin ada sebab dia hadir dalam hidup aku, mungkin dia hanyalah satu pengajaran terhadap diri ku. Disini aku berharap dia berubah kearah kebaikkan.
Tak semestinya, orang yang berperangai baik itu mendirikan tanggungjawabnya terhadap Allah dan tak semestinya orang berperangai buruk itu tidak mendirikan tanggungjawabnya terhadap Allah. Aku tahu kerana Allah telah tunjukkan diri mereka yang sebenar terhadap diri ku. Banyak betul ujian Allah telah berikan kepada ku dan aku menyelesaikannya sedikit demi sedikit. Syukur Alhamdulillah terhadap Allah swt.