Sunday, November 25, 2012

You got my first heart.

ASSALAMUALAIKUM

Baby, you got my first heart heart heart. Whenever I see you my heart goes dup dap dup dap~ Hahaha. Kau rasa agak-agak aku boleh buat lagu tak? Kalau aku menyanyi, kalah semua artis di dunia ni. Hahaha. *bajet-bajet jadi Kendall Jenner* Aku dapat rasakan betapa geramnya kau nak hempuk-hempuk almari gajah dekat aku kan, daripada kau hempuk benda alah tu baik kau hempuk terus gajah tu bukan dekat aku tapi dekat kawan kau punya sedara punya anak buah punya kawan punya warga asing di Malaysia ini. Fuhh~ Penat aku rap sebegitu rupa. Hahaha. Eh bercakap tentang Kendall Jenner. Aku suka sangat dekat dia. Bukan apa sejak aku tengok Keeping Up With The Kardashian, aku tertarik dengan kecantikan dia. Nah, take a look her gambar. Hahahha rojakness.

Gorgeous isn't she? Hahaha aku lagi lawa lah daripada dia. Tak percaya? Take a look!

Boom! Ninja's! Hahaha gorgeous kan? Stunning kan? Cantik kan? Pretty awesome kan? Hahaha I know I know I know. Awww, dah-dah lah tu puji-puji aku. Hahahhaha. Ayat aku minta pelempang ja kan? Lol whatsoever. Im beautiful, Im awesome. Who's care?! Eh terlari pula dah daripada entry aku. Kau lah ni! *cekak pinggang* Ha Ha Ha So Funnyyyyy Aqilah. So Funny! Heh! So this entry about tentu sekali bukan tentang kawan-kawan aku dan boyfriend, scandle,husband dan tunang aku di Korea sana. Hehehehe ianya tentang keluarga aku.
Meet :-
Babah Latif, the most handsome King who I loved for the rest of my life. Babah Latif dia sangat positif,lembut hatinya dan suka memberi pendapat yang wajar. Everybody in the house suka dengar pendapat dia sebab dia takda unsur-unsur memaksa mahupun menolak.Beliau seorang yang gagah kuat perkasa seperti Gladiator. Tetapi anak bongsunya ini iaitu aku, lagi gagah tahu tak? Hahaha okay *muka sepuluh dua puluh lima puluh sen*
Mak Rock, the most gorgeous,stunning, beautiful Queen I ever met. Mak Rock|Bonda Kiah|Mama Rock adalah gelaran yang diberi oleh aku. Gelaran paling special sekali adalah Mak. Beliau merupakan seorang yang berani, mampu mengeluarkan vokalnya yang merdu bak Saloma di pagi hari. Ewah-ewah. Hehehe sangat baik dan caring orangnya. Suka memasak seperti arwah Ibunya (TokMek), rajin membuat kerja harian. Senang cerita, Mama Rock tak suka duduk diam. Hahahaha. Amboi degilnya dia. Okay aku kejam panggil Mak Rock degil. TettNetNetNet
Along Azuan, my abang long. Tetapi aku "kaklong". Hahaha. Dia? Hahahah sangat friendly orangnya. Lawak pun ada. Caring lagi lah ada. Sudah bercahaya mata. Tiga orang anaknya. Isterinya kurus orangnya. Ewah-ewah berpantun pula aku ye. Wahai Along sila kurangkan buncit terhadap perut mu iya? Hahahaha okay kalau dia baca, mampuih aku.
Abewa Azua, my second abang. Arwah sangat baik orangnya. Suka minum milo, kalau datang rumah. Habis milo aku dirembatnya. Hehehe suka menari ala-ala Sean Kingston. Tinggi lagi comel gitu orangnya. Macam Angah Raja Lawak tu. Berbini orang Perak mempunyai seorang anak lelaki yang dapat menggantikan arwah.  Kata orang, semasa kebumikan arwah Abewa. Dia senyum sampai nampak gigi. Liang lahat bersama anak keduanya Nur Khaireen. Syurga tempat mu ya wahai Abewa.
Nana, hidungnya macung seperti Karina Kapoor. Hahahah. Comel cantik orangnya. Sudah bersuami. Suaminya pula keding orangnya. Hahaha. Baik dan pemurah orangnya. Alolololo kembang lah tu, orang puji dia? Mempunyai dua cahaya mata. Ingat lagi tak post anak jepun? Tu lah anak kedua dia. Terlampau comel sampai aku rasa nak cubit-cubit je pipi dia sampai pipi dia jatuh. Hahahhaha *gelak orang jahat*
Kakak Iqah, seorang kakak yang boleh lah. Hahahah k kejam aku kejam. Seorang yang pendek. Munenenenenene tidak dapat dinafikan. Bhahahaha. Cepat panik orangnya. Selalu bersifat seperti makcik tua. Itu yang agak lah buat aku rasa nak tarik-tarik je kulit perut dia. Woi, ingat lagi yang awak tu muda. Payemmm? *Faham
Adik Debab,  penuh dengan perah santan dia tu mengatakan bahawasanya dia paling comel? Oh please, sila pergi main jauh-jauh ye. Suka membuat perangai annoying dia tu bila adanya aku. Tidur? Salah satu hobi beliau. Hahhahaha tapi why you masih boleh lah bijak. Puih. Menyampah aku mengatakan hal-hal sebegitu rupa. Hhahhahaha. Oh dia sangat rapat dengan Kakak Iqah. Thats one of my reason why I always feel so alone. Wekk, whatsoever. I dont care. Hahahah Adik Debab ni kakak aku yang 4 tahun lagi tua daripada aku.

Beby, the most beautiful girl in the world. Hhahahahh. Crazy but not insane with her gegirls. Pemalu orangnya. Garang++++++ aku bagitahu kau tapi hanya jika tahap kesabaran dia melebihi 100 keatas. Hahaha terlalu baik dan agaklah bendul sikit. Dekat rumah, diam je orangnya. Tak suka sangat bersosial sana sini situ, katanya duduk rumah lagi bagus. Suka mengenakan pakaian keluar rumah yang simple, tapi bila dia mengikut fesyen BOOM macam model. Lawa gilo aku cakap. Haahaha. Siapa beby? Aku lah beby. Heeee *buat muka ala-ala comel*

Itu lah mereka, mereka sentiasa ada dalam hati aku. Walau apa pun terjadi aku sayang diaorang sangat-sangat. Aku bersyukur mempunyai keluarga yang sebegini. Akhir kata, KAMI TAKKAN TERPISAH.

Thursday, November 22, 2012

Mangga

ASSALAMUALAIKUM

Kau apa khabar ? Sihat ? Dah makan ? Dah mandi ? Dah tolong itu ini ? Banyak tanya je aku ni kan ? Sibuk lah aku ni. Hahaha. High 5 sikit , tak nak ? Okay fine okay fine okay fine. So aku nak cerita sikit hari ni, macam biasa lah buat itu ini. Tolong mak. Masakkan untuk mak. Kemas rumah yang setiap hari tidak lari daripada sepah sana sini situ yang disepahkan oleh anak-anak buah aku yang comel handsome lagi kacak ini tidak lain kalau bukan Muhammad Zafran Mirza dan Muhammad Harith Iskandar. Upin dan Ipin memang sesuai diberikan gelaran tersebut kepada anak-anak kecil ini, botak pun botak. Pendek, kecil je. Kalau warna hijau kulitnya, sudah menjadi toyol-toyol yang paling comel mungkin. Hahaha. Well apa salahnya puji anak-anak kecil ini. Okay sambung, apa lagi? Haaaa gembirakan mak. Sememangnya dah tugas setiap anak untuk menggembirakan ibunya yang tercinta. *buat muka baik*
Setiap pagi mak mesti melontarkan vokalnya yang merdu membuatkan aku terjaga daripada mimpi-mimpi indah aku. Adalah suatu pagi hari tu, aku masih lagi nyenyak tidur lena dek kerana syaitan-syaitan telah bergayut di bulu mata aku supaya aku menyambung mimpi indah aku. Beberapa minit kemudian, mak menghubungi aku. Ringtone Right Next To You dinyanyikan oleh Chris Brown feat. Justin Bieber kedengaran kuat dan lagi kuat. Lalu aku bangkit dengan perasaan seperti baru lepas berperang bersama Kapten Amerika menentang kejahatan. Kapten Amerika itu sangat lah handsome. Weeeee~
Pejam celik pejam celik pejam celik, sudah cergas mata ku ini. Tup tup kedengaran seperti lonceng basikal. Aku toleh ke kiri mahu pun kanan. Aku berdiri atas katil, melihat suasana bandar tilam aku. Aku angkat selimut lalu di kibas-kibasnya. Akhir sekali aku angkat bantal, jelas sekali dia menyorok di situ. Jumpa juga akhirnya handphone aku yang aku tidak beberapa sayang ini. Hahaha.
Dengan bacaan bismillahhirahmannirahhim, aku sentuh screen handphone aku. Aku slightkan jari aku sepantas kilat yang paling lembab. Rupa-rupanya aku dapat mesej. Di dalam hati dan juga perasaan aku memang berharap dari seseorang yang menyayangi diri ku ini dan bukannya daripada sesuatu perkara yang mengarut seperti maxis mahupun celcom. Aku sentuhkan jari telunjuk aku dua kali, BOOOM! Itu dia mesej daripada seseorang yang menyayangi aku dan aku menyayangi beliau beribu kali ganda jutanya. Mesej itu daripada Bonda Kiah, ibu ku yang tercinta. Awww. Kata bonda Kiah :-
"Beby, bangun! Turun bawah, tolong ambilkan buah mangga yang jatuh depan rumah sekarang."
Tersedak tak bila kau baca ni? Hahaha. Well, aku pun apa lagi dengan memakai baju kaftan berwarna oren bercorak batik dengan rambutnya macam rapunzel buka pintu bilik, jalan macam orang mabuk, turun tangga satu per satu. Hahaha perlu ke aku cerita semua tu? Perlu sebernarnya. Lepas tu aku keluar rumah macam orang gila dok tercegat depan rumah toleh kiri kanan kiri kanan mencari buah mangga tersebut. Tak nampak. Aku duduk mencakung, macam budak hilang rumah. Usha-usha bawah kereta orang tu kereta orang ni. Tak jumpa. Aku pergi kebun kecil yang berunsurkan flora yang mempunyai pelbagai jenis pokok liar depan rumah aku. Pergh nyamuk-nyamuk jahanam berlambak der dekat situ. Hahahaha. Kali ini aku membuka mata aku yang luas mulas.
BOOOM aku cakap dekat kau, buah mangga jatuh atas bahu aku. Nak mengamuk tak boleh juga sebab salah sendiri. Sabar tidak mengapa aku kena bersabar, pokok mangga tu jealous dengan aku sebab aku cantik sangat pagi-pagi ni. "Takpa, nanti aku balas balik dekat kau pokok mangga. Tunggu kau." Kata hati aku. Hahaha agak gila lah kan aku ni nak berdendam dengan pokok mangga. Mana taknya, lebam bahu aku dirembatnya. KONGHAJO! Dan secara tiba-tiba ada seorang budak perempuan berdiri sebelah pokok kelapa dia usha je aku. Aku pun tanya lah dia.
*Tulisan biru aku, tulisan hijau budak tu*

"Adik tengok akak dah kenapa? "
"Akak ni pagi-pagi buat apa dalam kebun ni?" 
"Adalah, adik tak payah nak menyibuk. Tu bunyi lonceng dah tu. Pi masuk kelas cepat"
"Aloh. Hahaha comel je akak, okay bye akak. Jumpa lagi."
"Haha terima kasih. Okay bye"
DUM DUM DUM budak tu baru tahu ke yang aku ni comel. Eh mesti korang tak faham kan kata-kata di atas? Sebenarnya rumah aku betul-betul depan surau. Surau tu pula jadi tempat belajar agama budak-budak sekolah rendah di pagi hari. Haaa faham? Aku pun ambil buah yang jatuh atas bahu aku tu then finally aku ternampak buah yang bonda Kiah aku maksudkan tu. Rupa-rupanya dia menyorok dalam pasu bonda Kiah aku. *sigh* kemain panat lagi aku mencarinya merata tempat disitu dia pergi menyorok. Aku pun ambil dan berlari tergedik-gedik masuk rumah aku. Aku basuh buah tu, potong dan bagi dekat siapa lagi kalau tidak bonda Kiah. Weeeeee~ The end. Hahaha.


The awesome among the best.

ASSALAMUALAIKUM

Pejam celik pejam celik dah tinggal 320 hari untuk PMR 2013. Haih, semakin hari semakin risau aku dibuatnya. Semakin hari semakin rapat pula aku dengan alam maya ni. Hahaha bukan rapat dengan buku. Teruk-teruk gila aku ni. Dah lah teruk, gila pula tu. Nasib baik tak kena sawan. Hihihi okay sila baling laptop anda ke arah dinding sekarang sebab menyampah baca post aku. Cuba tengok entry aku ni ha, baca betul-betul bahasa inggeris dia. Pastikan "sleng" inggeris kau tu ada kalau nak baca entry aku. Ini entry bukan calang-calang entry kau tahu. Ini entry super duper cuper hebat. Pasti anda mahu katakan awesome bukan? Aku tahu lah. Tak payah menyorok, malu-malu pula dia. Atotototo. Tumbuk muka sendiri sampai keluar darah biru kau tu sekarang. Aku tahu kau bengang baca benda-benda mengarut ni. Hahaha.
The awesome among the best.
Aku ni tak habis-habis ulang entry kali ni. Hahahaha awesome sangatkah? Sini wa cakap sama lu, awesome tak awesome aku bersyukur sangat-sangat kepada ALLAH SWT sebab pertemukan aku dengan kawan-kawan aku yang handsome mansome pretty beautiful ni. Mesti kau dah tahu kan entry ini tentang siapa? Adudududududududuh spoil lah kau ni. Shhhhhuuh senyap okay senyap. Biar aku yang bagitahu. Bunyikan drum please, deng deng deng deng deng deng ching ching bam dum dong. Eh bunyi drum ke apa tu? Hahaha forget about it. Aku nak cakap ala-ala jerman. Okay. The awesome among the best adalah buat kawan-kawan baik buddyz gila sopan super dooper power aku! Hahaha jadi tak sleng jerman aku? Jadi kan ? Ecewah, bangganya orang disini.
Kawan-kawan baik aku ni ramai, semuanya kacak macam Aaron Aziz dan cantik macam Lisa Surihani. Mereka-mereka ini ada keistimewaan diri masing-masing. Amboi bm aku, kalau cikgu matapelajaran bm aku baca ni dipanggilnya ke bilik guru untuk perdengarkan ceramah pot pet pot pet beliau. Mahu tak pening kepala aku nanti menyusun kata-katanya yang bergaya konon-kononnya sempurna lah tu. Hahaha okay sambung. Kawan-kawan baik aku ada satu ciri-ciri yang serupa, sama, terbahagi sama rata, tidak goyah, tetap istimewa iaitu membahagiakan aku. Yeah aku bahagia bersama mereka, mereka bagaikan keluarga kedua aku. Kedua? Yes kedua. Kau telan handphone kau sekarang! Hahaha tak pasa-pasal kau kena, kesian.

Kunci kebahagian ialah kepercayaan, kesetiaan dan paling penting kejujuran. "HONEST IS THE BEST POLICY" Selama aku hidup ni kan, aku pegang je kata-kata ni. Jangan sesekali tipu seseorang, tidak kira besar mahu pun kecil. Tipu tetap tipu. Tapi kita boleh tipu seseorang kalau kau tipu tu untuk kebaikkan diri dia mahupun semua orang. Tak faham ? Otak kau ada kan, kau manusia mesti ada akal sekali kan? Guna akal kau tu fikir sendiri. Hahaha.
Kawan , dalam hidup ni kita kena bijak memilih kawan. Kalau bijak memilih kawan, maka harmonilah hidup kita. Kawan-kawan baik aku semua bijak-bijak dengan gaya dan cara tersendirinya. Kawan, apa gunanya kawan kalau kita tengah bersedih, sedangkan dia bergembira. Itu namanya bukan kawan. Itu namanya teman palsu. Hahaha. Mereka selalu cheer me up bila saya sedih atau penat. Kawan, tempat kita berkongsi masalah jika kita tak rasa selesa berkongsi masalah itu dengan keluarga. Diaorang menjadi pendengar setia aku dan pemberi nasihat yang boleh lah juga aku gunakan. Hahaha. Nak tahu siapa mereka?

Boom De Pak De Pak Boom. Ala-ala clapping hentak sana sini.
Ini dia awek cun-cun sekalian :-
-Nur Nazirah  -Siti Nor Syahirah  -Areen Natasha  -Iyli Hasanah Bahiyah  -Aisyah Sofia  -Nor Nadhirah  -Fatin Farzana  -Putri Ziesha Balqis  -Aina Farzana  -Siti Nor Najiha
Tidak ketinggalan seorang jejaka tampan bagaikan Putera katak. Hahahahha gurauan semata-mata. Actually Putera Arjuna. Jangan nak terlebih kembang ye encik :-
-Afiq Syazwan
"Thank you sangat-sangat korang sebab terima aku seadaanya dan sentiasa ada untuk aku. Maafkan diri ini jika ada terkasar dan tersilap budi bicara mahupun tingkah laku. Harap hubungan kita tidak akan terputus. Kita kan buddyz, kita takkan terpisah. In Shaa Allah. Akhir kata, aku sayang korang plus plus plus plus lah."  

Setakat itu sahaja post aku. Sekian.
Assalamualaikum :)
Nota kecil : Doakan saudara saudari kita di Gaza dilindungi Allah SWT. #PrayForGaza :')

Anak jepun.

Assalamualaikum semua! *Lambai tangan* Korang buat apa tu? Nak tidur dah ke? Soalan kebendulan aku terserlah. Sah-sah lah time macam ni korang nak melancong ke alam Dreamland bukan? Hahaha tapi sekarang kan cuti sekolah tidur lah lambat sikit, sikit je. Tett net net net net~

Anak Jepun?  Kenapa dengan anak Jepun ye? Macam ni cerita dia, ada lah seorang awek ni cun gila lah. Kalau jejaka-jejaka di dunia ni tengok, aku rasa banjir dah rumah korang dengan air liur. Hahahah. Dia punya jalan ala-ala catwalk. Terkedek-kedek. Dia punya senyuman dia, lawanya alahai sampai aku pun tercair-cair tengok dia senyum. Aku pun apa lagi, nak lah juga berkenalan dengan awek cun ala-ala anak jepun ni kan.

Tup tap tup tap nama dia KEBABOM! Alahai namanya comel je, Adriana Zahra. Nama manja A'a. Gila lah wa cakap sama lu, wa agaklah jealous sikit dengan nama manja dia. Wa pun nak juga nama manja sebegitu rupa. Eceh *kelip-kelip mata* Dia masuk pertandingan Ratu Cantik dan Comel, for sure lah aku menang. Hahahah *lambai tangan ala-ala Ratu Cantik* Mesti korang rasa nak tumbuk-tumbuk penyet-penyet je kan muka aku, aku tahu. Tidak perlu berahsia. Ahaks!

 Okay sambung bercerita tentang dia hei! Tentang dia hei! Katanya "Saya masuk pertandingan itu hanya mencuba nasib." Ewah-ewah-ewah mencuba nasib ye? Kau takkan menang lah weh, semua orang vote aku. Hak tuih! Hahahah panas je korang baca kan? Aku ada tangkap gambar si Adriana Zahra ni, nak tengok? Dipersilakan :)


Itu dia~ Hahaha comel tak? Comel kan? Kan kan kan kan kan? Cakap ye! Kalau tak, korang tak pasal-pasal masuk hospital nanti. Serious talk ni. Hahaha tapi aku lagi comel lah dari dia. So let me introduce her again - Adriana Zahra | 1 tahun lebih | Anak buah aku yang ke-6. Si cilik yang garang dan comel ini macam anak jepun bukan? Nak lihat gambar manja A'a ?

CIKKU CAK! Aummmmm :3

Hahahah comelnya alahai. Dengan itu ini sahaja post aku. Assalamualaikum semua! :D

Wednesday, November 21, 2012

Hidup Baru

Assalamualaikum semua. Haaaa lama tak buka blog ni ha, maklumlah hidup aku mengalahkan seleberiti sibuk ja memanjang. Hahaha well new topic today :) HIDUP BARU. Kita harus teruskan hidup kita walau apa pun yang terjadi right? Sebelum tu, mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat abang aku yang tersayang, Muhd Azua dan anak keduanya, Nur Khaireen meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 6-8-2012. Semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang beriman. Aamiin. Dah dah jangan nak sedih, nanti banjir pula blog aku ni *lap air mata*.

Aku nak habaq mai, sebelum ni kalau aku pergi mana-mana ja mesti aku mendiamkan diri dan hidup macam tak ada hidup. Hahaha faham? Masa kecil dulu-dulu, *pasang lagu P.Ramlee* eceewah~ aku comel, cantik, gorgeous, stunning, unik *tengok cermin* ye masa kecil aku comel mengalahkan kamu-kamu semua. Hahahaha mesti korang rasa nak tibai-tibai je aku kan. Well, dah fakta nak buat macam mana. Actually aku lah budak kecil paling bahagia dekat dunia ni. Bila dah besar tup tup jadi pendiam ja. Memang sedih. Hahaha

Mulai daripada saat ini,minit ini, jam ini banyak songeh pula aku ni hahaha, aku nak berubah ke diri aku yang dulu, diri aku yang comel jelita dahulu. Aceccececcece *buat muka comel* Aku tak nak dah bermasam muka macam hantu Ju Onn hahaha Ju Onn pun comel apa. Aku nak melakukan yang terbaik untuk diri aku. As long as Im happy *turn on lagu As long as you love me*

Couple? Malas nak layan dengan perkara sedemikian. Cukuplah dengan adanya keluarga aku yang tercinta terkasih tersayang termuah-muah lah dan kawan-kawan baik yang awesome cool lawak gila-gila kadang-kadang ada yang macam sawan pun ada. Hahahaha kalau korang nak tahu lah kan aku sayang diaorang semua, muah-muah-muah! Tapi kalau aku dapat tahu ada orang sakitkan hati diaorang dan what so ever lah perkara yang negatif orang tu buat dekat kekasih-kekasih aku, haaa kepala kau tu jumpa dengan tukul kaki gajah dan sememangnya aku belasah korang mengalah KL gangster. Haaa berani? Lai lah lai lah .

Okay dulu aku selalu pakai pakaian warna hitam dan putih. Now aku nak berfesyen, tak salah bukan? Hahahaha tunggu tabung aku berat seratus kg dulu, baru aku shopping tak ingat dunia. Dan bercakap tentang shopping tu, sebenarnya tak boleh sangat sebab tahun depan aku PMR oh yeah yeah yeah yeah menangis air mata darah lah aku. Lagi pun aku last batch PMR kan, so mesti susah right PMR nanti? So dengan itu, aku mesti mempersiapkan senjata-senjata bom dan segala alatan yang boleh aku membunuh dengan kejam dan awesome soalan-soalan PMR tu dari sekarang. Haahahha nak senang, kena mula dari awal :)

Eh cerita, cerita juga, dah pukul 7 malam ni, aku nak solat dan siap-siap pergi tuisyen. Assalamualaikum semua!