Saturday, December 31, 2011

Selamat Tahun Baru

Ku berdiri di puncak fasa 8 berdekatan sekolah Hillcrest. Memandang bandar-bandar yang menterangi bumi. Kuala Lumpur Convention Center atau lebih dikenali sebagai KLCC dan KL Tower menjadi tanda mercu negara Malaysia. Ya Allah ianya sungguh cantik. Aku duduk di situ memandang pemandangan yang sungguh indah. Aku senyum gembira. Aku memandang jam aku, sudah pukul 11:55 malam pada 31/12/2011.



Aku tidak sabar untuk melihat pentunjukkan bunga api. Angin sungguh sejuk pada malam itu ini. Aku terbayang pada waktu ini aku bersama keluarga, teman-teman rapatku dan bersama dengan orang yang menyayangi diri ini.  Melihat bintang yang menterangi langit yang sungguh gelap. Bulan penuh mengambang.

Tepat jam 12:00 tengah malam. Pentunjukkan bunga api dimulakan.


Happy New Year. May Allah bless us for this new year! I hope i can be a good daughter and i can get 8A in my examinations. :) Insyaallah.. Amin.

Thursday, December 29, 2011

Aku redha.

Aku memberi renungan kosong seperti tidak rela melepaskan dia pergi dari aku. Aku belum bersedia untuk melepaskan dia. Jika aku sorang sahaja yang hidup di dunia ini, aku pasti keseorang. Tapi selama aku di dunia ini hanya mereka sahaja yang selalu mendengar luahan hati aku. Hati ini sering terasa kosong. Bila hati ini penuh dengan rasa kasih sayang tapi tidak lama kemudian ia kembali kosong.

"Ya Allah, ampunilah dosa-dosa hamba mu ini. Kau bawa lah mereka pergi dengan tenang jauh dari bumi ini, jauh dari azab api neraka. Kau tempatkan lah mereka bersama orang-orang yang beriman. Kau tenangkan lah hati ku yang tidak menentu ini, Ya Allah. Ku mohon kepada mu ya Allah, jauhi lah aku dari godaan syaitan ya Allah.Amin.. "

Aku redha dengan pemergian mereka. Semua yang telah menjadi arwah ataupon telah meninggalkan diri ini membuat hati aku terasa kosong. :') Aku ingin isi semula hati aku ini. Ingin susun semula setelah ia pecah berkecai. Satu per satu aku ambil dengan penuh berhati-hati kerana takut tangan aku pula yang luka. Dengan perlahan-lahan aku susun. Setelah selesai menyusun, aku ambil gam untuk melekatkannya. Akhirnya ia terbentuk hati semula. :') Aku berharap tiada apa yang dapat memecahkan hati ini lagi.

Kembali senyum besertakan harapan yang amat tinggi. Menarik nafas dan menghembuskannya seperti melepaskan segala yang telah pecah di dalam hati supaya hati ini tidak 'overload'. Aku berkatakan :

" Selamat Tinggal Bella, berbahagia lah kamu di sana. Aku nak engkau tahu yang aku sayangkan kau sangat-sangat. Kau simpankan lah rahsia-rahsia yang telah aku memberitahu kamu. Sayang dari tuanmu Aqilah."

Blog Note: Bella itu kucing yang sangat cantik. Dia seekor kucing jantan. Aku beri nama BELLA kerana aku tidak tahu bahawa dia seekor jantan. BELLA nama yang sungguh indah dan sopan bagi aku. Warna bulunya hitam,emas,oren dan sedikit oren. 

INI DIA BELLA

RIP: 28/12/2011@10:55PM (in)Sangkar kucing(N)Tak tahu sebab apa dia mati, mungkin ni dah ajal dia.(Aku)Redha.

Tuesday, December 27, 2011

Happy Birthday Sayang!

27/12/2011-Hari ini bagaikan hari kedua aku lahir di bumi ini. Aku bangun pagi dengan senyuman yang tidak dapat menggambarkan betapa bahagianya aku hari ini.Tiba-tiba telefon ku berbunyi CLIK! tanda ringtone message. Aku buka Lock Keys kepada Unlock. Ada massage dari My Twitter. Aku tekan view

"RM0. @taeccool (Klik sini): Thank u everyone!! I feel so loved tonight!! Everyone becareful not to catch cold and have a wonderful Okcat Day!!"

Aku sungguh terkejut. Ya Allah! Cepatnya masa berlalu. :) Gembira tak terkata right? Heew   :* Aku terus wish dia.

"Happy Birthday @taeccool (Klik sini) . May God bless you. :)"

Hari ni birthday hubby kite lah.. :*  


Happy Birthday Darling. ILoveYou Baby. :* Have a wonderful Okcat Day. 


Monday, December 26, 2011

Selamat Tinggal MONTEL.

Aku duduk di bangku belakang dewan sekolah, termenung jauh nun disana. Aku terkenang memori aku bersama si dia, dari aku mula masuk kawad kaki unit krs sampai lah sekarang. Orangnya tinggi bagaikan seekor dinosaur diberi nama Brontosaurus (apabila ia pupus ia dipanggil Apatosaurus). Senang dikatakan dia besar dan menakutkan. Muahahaha! Dia dilahirkan 16/09/1994 berkacukan darah belanda,cina dan arab. Aku rasa dia lahir dekat Kelantan. Warna kulitnya putih merah jambu gitu, sikap cerianya itu selalu terserlah dan membuat orang senang berkawan dengan dia. Kebijaksanaannya membuat aku agak kagum dengannya. Bagi aku, dia bagaikan seorang Atok,Pakcik,Ayah,Abang Sedara,Abang dan Adik di sekolah.. Tetapi lebih kepada Moyang. Hehe Kami selalu bersaing satu sama lain. Dua-dua tak reti nak mengalah. Tapi yang selalu mengalahnya aku. Banyakkan bersabar hanya itu yang aku mampu buat. Kalau aku tak bersabar dah lama aku tembak ataupun samurai dia habis-habisan.. Yeah! Aku tahu aku kejam.. 

Masa camp krs bulan 7 tu, dia and senior lain banyak mengajar diri ini tentang krs dan lain-lain dan aku menghargainya. Orangnya suka makan tapai dan tak suka makan durian. Dia agak montel dan gemok tapi disebabkan dia tinggi orangnya, kegemokkannya itu tidak nampak sangat... Heee Tahun ini dia mengambil SPM, yup 2011 last year dia bersekolah dekat Hillcrest. Tahun depan bulan 1 dia akan masuk PLKN so aku tidak lagi akan bertemu dengannya. Insyaallah lepas dia habis PLKN, kitaorang jumpa kot. Eh! Hutang dia tak dilangsaikan lagi mestilah kena jumpa.  Muahaha! Namanya Hidayatullah bin Mohamed Zamree.

 
Thank you Sensei. And wishing you the best of luck!

Friday, December 23, 2011

Happy X'Mas.

Happy X'Mas Everyone.. Have a good day.. (25/12/2011)

Season's Greetings from 2PM :)


Hew hew Yang duduk tengah-tengah atas sofa tu aku punya :P OK TAECYEON


Tiada kata.

Aku berjalan di persisiran pantai yang ditiupi angin yang sepoi-sepoi sambil mendengar kemerduan lagu yang sangat indah dinyanyikan oleh Celine Dion- My Heart Will Go On. Hati, Jiwa dan Fikiran aku terasa tenang bagaikan aku duduk di atas awan nano. Hati ini bagaikan ianya di isi penuh sampai tiada lagi kekosongan yang menggelapkan langit aku. Tiada perkataan yang boleh diucapkan ketika itu hanya aku mampu senyum keikhlasan di penuhi kegembiraan yang tiada tandingan. Aku ingin berada di situ buat selamanya kerana dengan mendengar ombak, melihat suasana yang tenang dapat menjauhkan diri ini dari masalah, dari kesedihkan yang selalu menumpahkan air mata, dari kawan yang menyakitkan hati ini dan meninggalkan kesan yang sangat dalam. 

Aku berjalan dan terus berjalan dengan memakai skirt panjang berserta baju T-shirt di pakai bersama inner sambil memegang sepasang selipar. Kedua belah tapak kaki aku tidak terasa letih dan tidak terasa sakit seperti selalu, ia terasa segar kerana menyentuh pasir yang sejuk. Matahari baru sahaja mahu terbit. Keindahan itu sangat memegunkan aku sampai hanya satu perkataan iaitu "Cantiknya" dikeluarkan dari mulut aku. Aku terpegun melihat keindahan alam yang dicipta oleh Allah. Ianya sungguh cantik.