Tuesday, January 8, 2013

Strong ?

Assalamualaikum.

Aku bangun dari tidur awal daripada biasa. Iya, tentunya ia agak kekok buat kali pertama bagi pelajar sekolah pagi tahun ini. Bersiap, kehulu kehilir di dalam bilik setiap pagi. Iya aku anggap persediaan ke sekolah kali ini seperti bersenam di waktu pagi. Sihat pun sihat. Kalau dah setiap hari berlari di dalam bilik. Ketawa kecil disini.
Setelah semuanya siap, aku turun bawah, membuat sarapan yang ringkas dan mudah iaitu bancuh air milo. Sejak kecil itu sajalah air kegemaran ku. Aku juga siapkan air suam panas khas buat mak tercinta supaya beliau dapat makan ubatnya. Tepat jam 7:05 pagi aku akan keluar dari rumah itu. Sudah tentulah aku akan mencium tangan lembut mak dan tangan kasar babah. Cium pipi mereka dan mereka sudah pasti akan mengeluarkan kata-kata yang berkaitan dengan pelajaran.
Aku berjalan kaki ala-ala gaya orang berdikari bersama teman ku Syahirah atau lebih suka digelar Iera. Sambil menghirup udara segar, aku berfikir panjang. Tentang orang tersayang, sudah tentu aku mahu membuat mereka bangga terhadap diri aku. Aku harus buktikan kepada mereka bahawasanya aku boleh melakukannya. Ye aku boleh. Sesudah sampai di sekolah, aku harus berhimpun seperti pelajar-pelajar lain. Sungguh janggal menjadi junior di pagi hari persekolahan. Mendengar kata-kata guru menyambut pelajar baru di sesi pagi. Ya, pelajar tingkatan 3. Tahun ini tahun terakhir PMR. Aku ? Aku adalah salah seorang calon PMR yang terakhir. Para guru memberi kata-kata semangat untuk kami meningkatkan prestasi diri kami mahupun sekolah.
Di pagi hari, aku agak kecewa dan sedih kerana aku telah turun kelas. Daripada kelas 2 Amanah iaitu kelas ke-4 turun ke kelas 3 Cekap, kelas ke -6. Memang agak ganjil berada di kelas orang. Lagi-lagi hanya Iyli,Iffah, Sharizah dan aku yang gred bagus dalam kelas itu. Aku ingin masuk ke kelas 3 Amanah. Tetapi tidak kesampaian. Ahli-ahli Cekap being such a nice classmates. Thank Allah.
Sememangnya aku bercakap jujur, sekolah pagi waktunya berjalan sungguh pantas. Biasalah jikalau ada juga menguap dalam kelas. Waktu jalan pantas tetapi bila pulang ke rumah terasa sungguh penat. Tapi aku kuatkan semangat aku, aku mandikan mak, kemas rumah, buat kerja sekolah. Memang dikatakan tiada masa TV. Tuisyen jika aku lapang pada waktu petang, aku pergi tuisyen petang jika tidak malam lah jawabnya.
Kadang-kadang, jika terlalu letih, aku tertidur pada waktu petang. Kesungguhan aku dalam pembelajaran dan menjaga semua ahli di dalam rumah ini terlalu kuat sampaikan aku kurang makan. Tidak tahu lah kenapa memang takda selera nak makan. Makan pun sikit je. Tetapi entah kenapa Aina berkata bahawa minggu ke-2 sekolah aku sudah kelihatan tembam. Mungkin kerana aku berkata kepada diri aku "kalau aku tak makan, nanti tak kuat nak buat kerja rumah, nak belajar, nak banggakan mereka yang tersayang."  Jadi dengan kata-kata ajaib itu, aku dah bertambah makan sedikit demi sedikit. Rutin harian ku berulang dan berulang.
Kawan? Alhamdulillah hubungan kami makin lama makin rapat. Tetapi ada seseorang tidak menghargai hubungan persahabatan ini, dia hanya memandang remeh sahaja. Aku percayakan dia, aku jujur terhadapnya, apa salah aku? Tidak, aku tidak bersalah. Dia yang bersalah. Dia yang rugi kerana memandang persahabatan ini hanyalah satu gurauan. Dia yang rugi kerana membuat aku menjadi benci terhadap dirinya yang hanya tahu menyakitkan mahupun memainkan perasaan orang lain sahaja. Dia membohongi aku sejak pertama kali aku jumpa dia. Kata-kata dia yang baik dan manis itu ada sesuatu di sebaliknya. Mungkin ada sebab dia hadir dalam hidup aku, mungkin dia hanyalah satu pengajaran terhadap diri ku. Disini aku berharap dia berubah kearah kebaikkan.
Tak semestinya, orang yang berperangai baik itu mendirikan tanggungjawabnya terhadap Allah dan tak semestinya orang berperangai buruk itu tidak mendirikan tanggungjawabnya terhadap Allah. Aku tahu kerana Allah telah tunjukkan diri mereka yang sebenar terhadap diri ku. Banyak betul ujian Allah telah berikan kepada ku dan aku menyelesaikannya sedikit demi sedikit. Syukur Alhamdulillah terhadap Allah swt. 

Dia

Assalamualaikum.

Dia menyayangi ku seadanya.
Dia segala-galanya bagi ku.
Dia berikan ku apa saja.
Dia super raja hero ku.
Dia, BABAH.

Babah, seoarang ayah yang bijak berkata-kata, bijak memberi jawapan iaitu dengan memberi pilihan  kepada masalah yang kita hadapi, penyayang, pandai membuat keluarganya ketawa. Beliau lahir pada 4 Januari. Iya, baru-baru ini tarikh lahirnya yang ke-51.
Aku rindu gelak tawanya, rindu beliau membuat lawak, rindu beliau menjalani kehidupan yang sihat, rindu melihat beliau tersenyum lebar. Aku berharap dan berdoa agar aku dapat melihat semua ini semula selepas beliau pulih 100%.

*Menahan rasa sedih, ye aku menahannya kerana tahun ni aku tidak mahu berasa sedih pun.*
Dear dad, Happy 51th Birthday. Thank you for being my SUPERMAN in my life and you forever will be my superhero. Stay healthy, stay strong, stay handsome because I need you and I love you, we loves you, your family loves you. Let start a new life in this new year, okay? No more pain. Xoxo, your youngest cute daughter :'*
2 weeks before new year.

*Kini beliau sudah kembali bekerja dan menunggu untuk pembedahan terbesar beliau pada bulan 2 ini. Mudah-mudahan semua selamat :)

Tuesday, January 1, 2013

Memories and Future

Assalamualaikum~ Hahaha eh eh eh klik tangan kanan ye jangan tangan kiri kalau tak, aku sumpah kau jadi keyboard. Hahahaha gegila tengah malam pada masa yang menggembirakan semua orang? I guess *buat muka tak comel* Its weird. I feel weird. All the time. Hahahah weird awesome what? Haa! See I told ya, GEGILA, its me. Hahahaha okay I should stop, jet-jet muka serious nak berperang.  Hancur dibuatnya filem-filem angkasa raya nak ambil aku jadi pelakon utama. Sudah merapu dibuatnya aku disini.

Memories.
Okay, sekarang aku yang comel cantik gila manusia ni nak cerita balik apa yang telah menjadi kenangan yang terindah mahupun terluka lara gitu-gitu pada tahun lepas? Eh tahun 2012 lah!!!!! *sengih kambing vs kucing comel*
*Cerita tertakhluk kepada ingatan yang tua pada jasad yang muda*

1-Jumpa kawasan untuk dibuat kebun atau pun ia lebih popular digelar dusun? Hahahaha xD
2-Afiq bagi Toblerone for my birthday. Yeayy! 13-02-2012-Monday
3-Sambut birthday my two nephew 07-02 Zafran, 25-02 Harith and 13-02me di Kebun!
4-Beli kereta Storm.
5-Dapat Samsung Galaxy Y from my mom :*
6-KRS Camping, first time jadi MT. Syok gilaaaaaaaaaaaaaaaaaa xD
7-Kehilangan Tok Ayah belah my mom.
8-Kereta Storm kena curi. Phfttt
9-My dad,my mom, my second brother,my 8 months pregnant sister in-law,my nephew and I had a BIG car vs lorry accident at Kuala Krai.
10-Kehilangan my second brother and my niece yang berada di ddalam kandungan mamanya.
11-First time tengok my dad sakit sebegini rupa.
12-Beli baju raya di Mydin beberapa jam sebelum Hari Raya Aidilfitri.
13-Belajar cara kehidupan orang yang patah tangan.
14-Duit raya dan duit orang bagi dapat banyakkkkkkk~ Im rich *angkat kening*
15-Balik KL naik ROYAL MALAYSIAN AIR FORCE. Fuyoooh fuyooh xD
16-Jumpa semua my best friends yang sebulan tak jumpa di rumah Iyli sempena open house hari raya.
17-Buka fibreglass, bajet-bajet tangan kiri aku ni dah kuat gagah perkasa boleh angkat beribu dinosaur.
18-Taking care my parents, feeling so good. Haha
19-Start masuk sekolah, semua orang macam caring dekat aku. Oh my terharu :'3 Thanks!
20-My twin from another parents kutip duit derma from my class 2 Amanah. Yeay Alhamdulillah banyak lah juga, tak sangka orang yang aku tak rapat pun bagi juga :D Thank you guys!
21-First day, nak jawab final exam. First time, menangis nak jawab exam. Hahahahah funny -.-
22-Pergi MidVelly with Nadhirah,Iyli,Aisyah,Wani,Faiq,Ziesha and Ain untuk sambut birthday Iyli~ Main LaserTag di Gelactic Laser, best wooo~
23-Pergi Genting sempena birthday PTSG with Nadhirah, Wani, Sarah, Qizz, Iera, Jiha and Ziesha masa balik tertinggal bas kejar punya kejar tak dapat, so kitaorang naik teksi. Hahahah suka dan duka.
24-Starting to anggap Afiq as Bestfriend from crush to friends. Hahahaha weird~ BESTFRIENDS
25-Sambut new year, agak feeling down and down. So my brain trying to make my heart happy.
Thats all, kot lah. Hahahahah. Jadikan kenangan manis, happy, gegila, awesome kita sebagai pengubat hati yang sedih dan jadikan kenangan pahit, suka mahupun duka sebagai pengalaman mahupun pengajaran yang membuatkan kita untuk menjadi insan yang lebih kuat,bijaksana dan teruskan hidup! Eh, macam apa pula aku ni. Hahahah ignore me~
Future.
This is my wish list :-
1-Being a good, genius girl. Eh? Hahahaha amiin!
2-Dapat membanggakan parents aku dengan kejayaan akademik mahupun kokurikulum dan perangai aku.
3-NO MORE BERMASAM MUKA, NO MORE BEING A LAZY GIRL, NO MORE HIDUP ENTAH APA-APA JE? Haahahah tak boleh blah ayat aku.
4-Fashionista~
5-NEW ME!
4-Bijak dalam bahagikan masa with studies,koko,family,playing around and internet. Ngeh ngeh ngeh, sementara wifi jiran masih boleh digunakan. Apa salahnya~
5-No more tears? :D Happy life? In Shaa Allah.
Aku dah malas nak type itu ini itu ini. Serupa tak payah ada blog kan aku ni -.- So Im giving you these!


THEM 
My parents
2nd sister in-law,Kak Ira with her son and my older sister Nana.
 My older brother, Along.
 My third sister, Adibah and arwah abang kedua, Abewa
 Anak sedara mahupun anak buah.
 Nana's kid, Zafran and his sister Zahra.
 Arwah abewa and Kak Ira's son, Harith.

Nana,my borther in-law and Zafran.
My second sis, Afiqah with Zahra.
BESTFRIENDS ♥

 Nadhirah.
 Najiha.
 Syahirah.
 Zawani.
 Aina.
 Areen.
 Nazirah.
 Iyli.

Ziesha.

 Aisyah with me.
Afiq.
Bestfriend forever? In Shaa Allah. Bye :)
Hehehe :p