Monday, August 8, 2011

I'am trying to be a better person...

Assalamualaikum =’)

Mengenai entry kita hari ni, i'm trying to be a better person =') .. Aku dah mula berubah ke arah jalan yang akan membuat aku berjaya kelak... Aku sudah mula membuat kerja-kerja sekolah yang aku tangguh kan selama ini.. Aku dah mula belajar buka buku... Aku dah mula meninggalkan tabiat lame ku sejak masuk hillcrest... Aku berbuat demikian kerana aku mahu juga berjaya macam kawan-kawan aku yang lain... Aku berasa malu disebabkan aku tidak sepandai kawan-kawan aku yang lain kerana aku duduk di kelas A bukan di kelas B... Kawan-kawan aku semua pandai-pandai... Result peperiksaan pertengahan tahun aku hanya cukup-cukup makan.. Aku tidak puas hati selagi aku tidak dapat nombor satu dalam kelas A... Aku tidak akan bangga dengan diriku selagi aku tidak dapat membanggakan kedua ibu bapa ku... 

Perlahan-lahan, aku mengambil langkah untuk berjaya dalam exam yang akan datang... Insyaallah, aku akan lulus semua matapelajaran....=')  Tetapi kan, masa cikgu cakap dekat depan aku bukan dengar pon.. Masuk telinge kanan, keluar telinge kiri... Hmmm Maksud aku, aku mendengar cuma tak dapat menangkap apa yang cikgu mengajar di depan.. Kadang-kadang, penyakit malas datang menyerang diri ku ini... Apa yang aku mampu buat ialah berdoa.. Aku berdoa supaya Allah terangkan hati aku untuk belajar... Aku mahu belajar dari kesilapan... Aku dapat rasakan mak aku tidak pernah bangga terhadap aku... Oleh disebabkan itu, aku ingin berubah..

Aku ingat lagi mase aku dapat keputusan UPSR, aku dapat 3A 2B..  Pada malam itu, babah memanggil ku masuk ke dalam bilik tidurnya... Pabila aku masuk, mak aku hanya menonton tv... Babah berkata "Tahniah, okay la tu dapat 3A..." disertakan senyuman... Aku membalas nye dengan senyuman =') .. Mak aku hanya berdiam sahaja.. Aku dapat rasakan kemarahan dan kekecewaan mak aku... Aku berasa sesuana yang amat tegang di dalam bilik tidur itu.. Oleh kerana aku tidak mahu merasa ketegangan, aku mula beredar dari bilik tidur itu... Pabila aku mahu menutup pintu bilik tersebut, mak aku memanggil aku dengan kemarahan... Aku masuk kembali ke dalam bilik tersebut... Mata ku pandang ke lantai kerana tidak mahu bertentang mata dengan mak aku... Mak aku berkata "Bile lame sikit, mesti beby nak lari dari mak!" Aku hanya mampu mendiamkan diri... Aku tidak bermaksud nak lari dari mak aku... Aku hanya mahu lari dari merasa suasana ketegangan  di dalam bilik itu...Sebelum UPSR, mak aku pernah berkata "Kalau beby tak dapat 5A bermakna beby tak belajar.." Nak dikatakan aku tidak belajar, aku belajar cuma aku tidak belajar dengan sepenuhnye.. 

Di dalam hati ku berkata, "Mak, maafkan beby kalau beby kecewa kan mak... Maafkan beby kalau beby buat mak marah... Beby tiada niat langsung nak buat mak menangis or marah... Beby cuma perlukan masa... Kadang-kadang beby jadi stress sebab kalau beby tak buat keje mak nak mara, beby buat keje pon mak nak mara jugak... Maafkan beby kerana telah buat diri mak selalu marah terhadap beby..." 

Setiap hari selepas habis solat, aku mesti doakan kebahagiaan kedua ibu bapa ku... Aku berdoa agar Allah ampunkan dosa-dosa kedua ibu bapa ku ini....  Dan aku berharap Allah akan makbulkan doa ku ini.. =') Aku ingin menjadi anak yang solehah dan orang yang pandai...Oleh sebab itu, aku harus berusaha...  Doakan aku supaya berjaya di dunia dan di akhirat... Insyaallah... Aku pon akan doakan korang berjaya di dunia dan di akhirat... =') 


Aku minta diri dulu ye.. Selamat Tinggal semua! =')   
Sayang korang.. Thank you for ur support!hehe Bubbye korang =')

                              Korang baik, Aku baik. Korang jahat, Aku jahat.
                        Korang hensem, Aku hensem. Korang comel, Aku pon comel.

           But nobody’s perfect in this world, so don’t ever judge me okay. =')

 Selamat tinggal semua. Kalau ada masa, singgah lah lagi ye...

No comments:

Post a Comment