Thursday, December 29, 2011

Aku redha.

Aku memberi renungan kosong seperti tidak rela melepaskan dia pergi dari aku. Aku belum bersedia untuk melepaskan dia. Jika aku sorang sahaja yang hidup di dunia ini, aku pasti keseorang. Tapi selama aku di dunia ini hanya mereka sahaja yang selalu mendengar luahan hati aku. Hati ini sering terasa kosong. Bila hati ini penuh dengan rasa kasih sayang tapi tidak lama kemudian ia kembali kosong.

"Ya Allah, ampunilah dosa-dosa hamba mu ini. Kau bawa lah mereka pergi dengan tenang jauh dari bumi ini, jauh dari azab api neraka. Kau tempatkan lah mereka bersama orang-orang yang beriman. Kau tenangkan lah hati ku yang tidak menentu ini, Ya Allah. Ku mohon kepada mu ya Allah, jauhi lah aku dari godaan syaitan ya Allah.Amin.. "

Aku redha dengan pemergian mereka. Semua yang telah menjadi arwah ataupon telah meninggalkan diri ini membuat hati aku terasa kosong. :') Aku ingin isi semula hati aku ini. Ingin susun semula setelah ia pecah berkecai. Satu per satu aku ambil dengan penuh berhati-hati kerana takut tangan aku pula yang luka. Dengan perlahan-lahan aku susun. Setelah selesai menyusun, aku ambil gam untuk melekatkannya. Akhirnya ia terbentuk hati semula. :') Aku berharap tiada apa yang dapat memecahkan hati ini lagi.

Kembali senyum besertakan harapan yang amat tinggi. Menarik nafas dan menghembuskannya seperti melepaskan segala yang telah pecah di dalam hati supaya hati ini tidak 'overload'. Aku berkatakan :

" Selamat Tinggal Bella, berbahagia lah kamu di sana. Aku nak engkau tahu yang aku sayangkan kau sangat-sangat. Kau simpankan lah rahsia-rahsia yang telah aku memberitahu kamu. Sayang dari tuanmu Aqilah."

Blog Note: Bella itu kucing yang sangat cantik. Dia seekor kucing jantan. Aku beri nama BELLA kerana aku tidak tahu bahawa dia seekor jantan. BELLA nama yang sungguh indah dan sopan bagi aku. Warna bulunya hitam,emas,oren dan sedikit oren. 

INI DIA BELLA

RIP: 28/12/2011@10:55PM (in)Sangkar kucing(N)Tak tahu sebab apa dia mati, mungkin ni dah ajal dia.(Aku)Redha.

No comments:

Post a Comment