Aku berjalan dan terus berjalan dengan memakai skirt panjang berserta baju T-shirt di pakai bersama inner sambil memegang sepasang selipar. Kedua belah tapak kaki aku tidak terasa letih dan tidak terasa sakit seperti selalu, ia terasa segar kerana menyentuh pasir yang sejuk. Matahari baru sahaja mahu terbit. Keindahan itu sangat memegunkan aku sampai hanya satu perkataan iaitu "Cantiknya" dikeluarkan dari mulut aku. Aku terpegun melihat keindahan alam yang dicipta oleh Allah. Ianya sungguh cantik.
Friday, December 23, 2011
Tiada kata.
Aku berjalan di persisiran pantai yang ditiupi angin yang sepoi-sepoi sambil mendengar kemerduan lagu yang sangat indah dinyanyikan oleh Celine Dion- My Heart Will Go On. Hati, Jiwa dan Fikiran aku terasa tenang bagaikan aku duduk di atas awan nano. Hati ini bagaikan ianya di isi penuh sampai tiada lagi kekosongan yang menggelapkan langit aku. Tiada perkataan yang boleh diucapkan ketika itu hanya aku mampu senyum keikhlasan di penuhi kegembiraan yang tiada tandingan. Aku ingin berada di situ buat selamanya kerana dengan mendengar ombak, melihat suasana yang tenang dapat menjauhkan diri ini dari masalah, dari kesedihkan yang selalu menumpahkan air mata, dari kawan yang menyakitkan hati ini dan meninggalkan kesan yang sangat dalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment