Thursday, November 22, 2012

Anak jepun.

Assalamualaikum semua! *Lambai tangan* Korang buat apa tu? Nak tidur dah ke? Soalan kebendulan aku terserlah. Sah-sah lah time macam ni korang nak melancong ke alam Dreamland bukan? Hahaha tapi sekarang kan cuti sekolah tidur lah lambat sikit, sikit je. Tett net net net net~

Anak Jepun?  Kenapa dengan anak Jepun ye? Macam ni cerita dia, ada lah seorang awek ni cun gila lah. Kalau jejaka-jejaka di dunia ni tengok, aku rasa banjir dah rumah korang dengan air liur. Hahahah. Dia punya jalan ala-ala catwalk. Terkedek-kedek. Dia punya senyuman dia, lawanya alahai sampai aku pun tercair-cair tengok dia senyum. Aku pun apa lagi, nak lah juga berkenalan dengan awek cun ala-ala anak jepun ni kan.

Tup tap tup tap nama dia KEBABOM! Alahai namanya comel je, Adriana Zahra. Nama manja A'a. Gila lah wa cakap sama lu, wa agaklah jealous sikit dengan nama manja dia. Wa pun nak juga nama manja sebegitu rupa. Eceh *kelip-kelip mata* Dia masuk pertandingan Ratu Cantik dan Comel, for sure lah aku menang. Hahahah *lambai tangan ala-ala Ratu Cantik* Mesti korang rasa nak tumbuk-tumbuk penyet-penyet je kan muka aku, aku tahu. Tidak perlu berahsia. Ahaks!

 Okay sambung bercerita tentang dia hei! Tentang dia hei! Katanya "Saya masuk pertandingan itu hanya mencuba nasib." Ewah-ewah-ewah mencuba nasib ye? Kau takkan menang lah weh, semua orang vote aku. Hak tuih! Hahahah panas je korang baca kan? Aku ada tangkap gambar si Adriana Zahra ni, nak tengok? Dipersilakan :)


Itu dia~ Hahaha comel tak? Comel kan? Kan kan kan kan kan? Cakap ye! Kalau tak, korang tak pasal-pasal masuk hospital nanti. Serious talk ni. Hahaha tapi aku lagi comel lah dari dia. So let me introduce her again - Adriana Zahra | 1 tahun lebih | Anak buah aku yang ke-6. Si cilik yang garang dan comel ini macam anak jepun bukan? Nak lihat gambar manja A'a ?

CIKKU CAK! Aummmmm :3

Hahahah comelnya alahai. Dengan itu ini sahaja post aku. Assalamualaikum semua! :D

No comments:

Post a Comment