Kau apa khabar ? Sihat ? Dah makan ? Dah mandi ? Dah tolong itu ini ? Banyak tanya je aku ni kan ? Sibuk lah aku ni. Hahaha. High 5 sikit , tak nak ? Okay fine okay fine okay fine. So aku nak cerita sikit hari ni, macam biasa lah buat itu ini. Tolong mak. Masakkan untuk mak. Kemas rumah yang setiap hari tidak lari daripada sepah sana sini situ yang disepahkan oleh anak-anak buah aku yang comel handsome lagi kacak ini tidak lain kalau bukan Muhammad Zafran Mirza dan Muhammad Harith Iskandar. Upin dan Ipin memang sesuai diberikan gelaran tersebut kepada anak-anak kecil ini, botak pun botak. Pendek, kecil je. Kalau warna hijau kulitnya, sudah menjadi toyol-toyol yang paling comel mungkin. Hahaha. Well apa salahnya puji anak-anak kecil ini. Okay sambung, apa lagi? Haaaa gembirakan mak. Sememangnya dah tugas setiap anak untuk menggembirakan ibunya yang tercinta. *buat muka baik*
Setiap pagi mak mesti melontarkan vokalnya yang merdu membuatkan aku terjaga daripada mimpi-mimpi indah aku. Adalah suatu pagi hari tu, aku masih lagi nyenyak tidur lena dek kerana syaitan-syaitan telah bergayut di bulu mata aku supaya aku menyambung mimpi indah aku. Beberapa minit kemudian, mak menghubungi aku. Ringtone Right Next To You dinyanyikan oleh Chris Brown feat. Justin Bieber kedengaran kuat dan lagi kuat. Lalu aku bangkit dengan perasaan seperti baru lepas berperang bersama Kapten Amerika menentang kejahatan. Kapten Amerika itu sangat lah handsome. Weeeee~
Pejam celik pejam celik pejam celik, sudah cergas mata ku ini. Tup tup kedengaran seperti lonceng basikal. Aku toleh ke kiri mahu pun kanan. Aku berdiri atas katil, melihat suasana bandar tilam aku. Aku angkat selimut lalu di kibas-kibasnya. Akhir sekali aku angkat bantal, jelas sekali dia menyorok di situ. Jumpa juga akhirnya handphone aku yang aku tidak beberapa sayang ini. Hahaha.
Dengan bacaan bismillahhirahmannirahhim, aku sentuh screen handphone aku. Aku slightkan jari aku sepantas kilat yang paling lembab. Rupa-rupanya aku dapat mesej. Di dalam hati dan juga perasaan aku memang berharap dari seseorang yang menyayangi diri ku ini dan bukannya daripada sesuatu perkara yang mengarut seperti maxis mahupun celcom. Aku sentuhkan jari telunjuk aku dua kali, BOOOM! Itu dia mesej daripada seseorang yang menyayangi aku dan aku menyayangi beliau beribu kali ganda jutanya. Mesej itu daripada Bonda Kiah, ibu ku yang tercinta. Awww. Kata bonda Kiah :-
"Beby, bangun! Turun bawah, tolong ambilkan buah mangga yang jatuh depan rumah sekarang."
Tersedak tak bila kau baca ni? Hahaha. Well, aku pun apa lagi dengan memakai baju kaftan berwarna oren bercorak batik dengan rambutnya macam rapunzel buka pintu bilik, jalan macam orang mabuk, turun tangga satu per satu. Hahaha perlu ke aku cerita semua tu? Perlu sebernarnya. Lepas tu aku keluar rumah macam orang gila dok tercegat depan rumah toleh kiri kanan kiri kanan mencari buah mangga tersebut. Tak nampak. Aku duduk mencakung, macam budak hilang rumah. Usha-usha bawah kereta orang tu kereta orang ni. Tak jumpa. Aku pergi kebun kecil yang berunsurkan flora yang mempunyai pelbagai jenis pokok liar depan rumah aku. Pergh nyamuk-nyamuk jahanam berlambak der dekat situ. Hahahaha. Kali ini aku membuka mata aku yang luas mulas.
BOOOM aku cakap dekat kau, buah mangga jatuh atas bahu aku. Nak mengamuk tak boleh juga sebab salah sendiri. Sabar tidak mengapa aku kena bersabar, pokok mangga tu jealous dengan aku sebab aku cantik sangat pagi-pagi ni. "Takpa, nanti aku balas balik dekat kau pokok mangga. Tunggu kau." Kata hati aku. Hahaha agak gila lah kan aku ni nak berdendam dengan pokok mangga. Mana taknya, lebam bahu aku dirembatnya. KONGHAJO! Dan secara tiba-tiba ada seorang budak perempuan berdiri sebelah pokok kelapa dia usha je aku. Aku pun tanya lah dia.
*Tulisan biru aku, tulisan hijau budak tu*
"Adik tengok akak dah kenapa? "
"Akak ni pagi-pagi buat apa dalam kebun ni?"
"Adalah, adik tak payah nak menyibuk. Tu bunyi lonceng dah tu. Pi masuk kelas cepat"
"Aloh. Hahaha comel je akak, okay bye akak. Jumpa lagi."
"Haha terima kasih. Okay bye"
"Akak ni pagi-pagi buat apa dalam kebun ni?"
"Adalah, adik tak payah nak menyibuk. Tu bunyi lonceng dah tu. Pi masuk kelas cepat"
"Aloh. Hahaha comel je akak, okay bye akak. Jumpa lagi."
"Haha terima kasih. Okay bye"
DUM DUM DUM budak tu baru tahu ke yang aku ni comel. Eh mesti korang tak faham kan kata-kata di atas? Sebenarnya rumah aku betul-betul depan surau. Surau tu pula jadi tempat belajar agama budak-budak sekolah rendah di pagi hari. Haaa faham? Aku pun ambil buah yang jatuh atas bahu aku tu then finally aku ternampak buah yang bonda Kiah aku maksudkan tu. Rupa-rupanya dia menyorok dalam pasu bonda Kiah aku. *sigh* kemain panat lagi aku mencarinya merata tempat disitu dia pergi menyorok. Aku pun ambil dan berlari tergedik-gedik masuk rumah aku. Aku basuh buah tu, potong dan bagi dekat siapa lagi kalau tidak bonda Kiah. Weeeeee~ The end. Hahaha.
No comments:
Post a Comment