Tuesday, January 8, 2013

Strong ?

Assalamualaikum.

Aku bangun dari tidur awal daripada biasa. Iya, tentunya ia agak kekok buat kali pertama bagi pelajar sekolah pagi tahun ini. Bersiap, kehulu kehilir di dalam bilik setiap pagi. Iya aku anggap persediaan ke sekolah kali ini seperti bersenam di waktu pagi. Sihat pun sihat. Kalau dah setiap hari berlari di dalam bilik. Ketawa kecil disini.
Setelah semuanya siap, aku turun bawah, membuat sarapan yang ringkas dan mudah iaitu bancuh air milo. Sejak kecil itu sajalah air kegemaran ku. Aku juga siapkan air suam panas khas buat mak tercinta supaya beliau dapat makan ubatnya. Tepat jam 7:05 pagi aku akan keluar dari rumah itu. Sudah tentulah aku akan mencium tangan lembut mak dan tangan kasar babah. Cium pipi mereka dan mereka sudah pasti akan mengeluarkan kata-kata yang berkaitan dengan pelajaran.
Aku berjalan kaki ala-ala gaya orang berdikari bersama teman ku Syahirah atau lebih suka digelar Iera. Sambil menghirup udara segar, aku berfikir panjang. Tentang orang tersayang, sudah tentu aku mahu membuat mereka bangga terhadap diri aku. Aku harus buktikan kepada mereka bahawasanya aku boleh melakukannya. Ye aku boleh. Sesudah sampai di sekolah, aku harus berhimpun seperti pelajar-pelajar lain. Sungguh janggal menjadi junior di pagi hari persekolahan. Mendengar kata-kata guru menyambut pelajar baru di sesi pagi. Ya, pelajar tingkatan 3. Tahun ini tahun terakhir PMR. Aku ? Aku adalah salah seorang calon PMR yang terakhir. Para guru memberi kata-kata semangat untuk kami meningkatkan prestasi diri kami mahupun sekolah.
Di pagi hari, aku agak kecewa dan sedih kerana aku telah turun kelas. Daripada kelas 2 Amanah iaitu kelas ke-4 turun ke kelas 3 Cekap, kelas ke -6. Memang agak ganjil berada di kelas orang. Lagi-lagi hanya Iyli,Iffah, Sharizah dan aku yang gred bagus dalam kelas itu. Aku ingin masuk ke kelas 3 Amanah. Tetapi tidak kesampaian. Ahli-ahli Cekap being such a nice classmates. Thank Allah.
Sememangnya aku bercakap jujur, sekolah pagi waktunya berjalan sungguh pantas. Biasalah jikalau ada juga menguap dalam kelas. Waktu jalan pantas tetapi bila pulang ke rumah terasa sungguh penat. Tapi aku kuatkan semangat aku, aku mandikan mak, kemas rumah, buat kerja sekolah. Memang dikatakan tiada masa TV. Tuisyen jika aku lapang pada waktu petang, aku pergi tuisyen petang jika tidak malam lah jawabnya.
Kadang-kadang, jika terlalu letih, aku tertidur pada waktu petang. Kesungguhan aku dalam pembelajaran dan menjaga semua ahli di dalam rumah ini terlalu kuat sampaikan aku kurang makan. Tidak tahu lah kenapa memang takda selera nak makan. Makan pun sikit je. Tetapi entah kenapa Aina berkata bahawa minggu ke-2 sekolah aku sudah kelihatan tembam. Mungkin kerana aku berkata kepada diri aku "kalau aku tak makan, nanti tak kuat nak buat kerja rumah, nak belajar, nak banggakan mereka yang tersayang."  Jadi dengan kata-kata ajaib itu, aku dah bertambah makan sedikit demi sedikit. Rutin harian ku berulang dan berulang.
Kawan? Alhamdulillah hubungan kami makin lama makin rapat. Tetapi ada seseorang tidak menghargai hubungan persahabatan ini, dia hanya memandang remeh sahaja. Aku percayakan dia, aku jujur terhadapnya, apa salah aku? Tidak, aku tidak bersalah. Dia yang bersalah. Dia yang rugi kerana memandang persahabatan ini hanyalah satu gurauan. Dia yang rugi kerana membuat aku menjadi benci terhadap dirinya yang hanya tahu menyakitkan mahupun memainkan perasaan orang lain sahaja. Dia membohongi aku sejak pertama kali aku jumpa dia. Kata-kata dia yang baik dan manis itu ada sesuatu di sebaliknya. Mungkin ada sebab dia hadir dalam hidup aku, mungkin dia hanyalah satu pengajaran terhadap diri ku. Disini aku berharap dia berubah kearah kebaikkan.
Tak semestinya, orang yang berperangai baik itu mendirikan tanggungjawabnya terhadap Allah dan tak semestinya orang berperangai buruk itu tidak mendirikan tanggungjawabnya terhadap Allah. Aku tahu kerana Allah telah tunjukkan diri mereka yang sebenar terhadap diri ku. Banyak betul ujian Allah telah berikan kepada ku dan aku menyelesaikannya sedikit demi sedikit. Syukur Alhamdulillah terhadap Allah swt. 

Dia

Assalamualaikum.

Dia menyayangi ku seadanya.
Dia segala-galanya bagi ku.
Dia berikan ku apa saja.
Dia super raja hero ku.
Dia, BABAH.

Babah, seoarang ayah yang bijak berkata-kata, bijak memberi jawapan iaitu dengan memberi pilihan  kepada masalah yang kita hadapi, penyayang, pandai membuat keluarganya ketawa. Beliau lahir pada 4 Januari. Iya, baru-baru ini tarikh lahirnya yang ke-51.
Aku rindu gelak tawanya, rindu beliau membuat lawak, rindu beliau menjalani kehidupan yang sihat, rindu melihat beliau tersenyum lebar. Aku berharap dan berdoa agar aku dapat melihat semua ini semula selepas beliau pulih 100%.

*Menahan rasa sedih, ye aku menahannya kerana tahun ni aku tidak mahu berasa sedih pun.*
Dear dad, Happy 51th Birthday. Thank you for being my SUPERMAN in my life and you forever will be my superhero. Stay healthy, stay strong, stay handsome because I need you and I love you, we loves you, your family loves you. Let start a new life in this new year, okay? No more pain. Xoxo, your youngest cute daughter :'*
2 weeks before new year.

*Kini beliau sudah kembali bekerja dan menunggu untuk pembedahan terbesar beliau pada bulan 2 ini. Mudah-mudahan semua selamat :)

Tuesday, January 1, 2013

Memories and Future

Assalamualaikum~ Hahaha eh eh eh klik tangan kanan ye jangan tangan kiri kalau tak, aku sumpah kau jadi keyboard. Hahahaha gegila tengah malam pada masa yang menggembirakan semua orang? I guess *buat muka tak comel* Its weird. I feel weird. All the time. Hahahah weird awesome what? Haa! See I told ya, GEGILA, its me. Hahahaha okay I should stop, jet-jet muka serious nak berperang.  Hancur dibuatnya filem-filem angkasa raya nak ambil aku jadi pelakon utama. Sudah merapu dibuatnya aku disini.

Memories.
Okay, sekarang aku yang comel cantik gila manusia ni nak cerita balik apa yang telah menjadi kenangan yang terindah mahupun terluka lara gitu-gitu pada tahun lepas? Eh tahun 2012 lah!!!!! *sengih kambing vs kucing comel*
*Cerita tertakhluk kepada ingatan yang tua pada jasad yang muda*

1-Jumpa kawasan untuk dibuat kebun atau pun ia lebih popular digelar dusun? Hahahaha xD
2-Afiq bagi Toblerone for my birthday. Yeayy! 13-02-2012-Monday
3-Sambut birthday my two nephew 07-02 Zafran, 25-02 Harith and 13-02me di Kebun!
4-Beli kereta Storm.
5-Dapat Samsung Galaxy Y from my mom :*
6-KRS Camping, first time jadi MT. Syok gilaaaaaaaaaaaaaaaaaa xD
7-Kehilangan Tok Ayah belah my mom.
8-Kereta Storm kena curi. Phfttt
9-My dad,my mom, my second brother,my 8 months pregnant sister in-law,my nephew and I had a BIG car vs lorry accident at Kuala Krai.
10-Kehilangan my second brother and my niece yang berada di ddalam kandungan mamanya.
11-First time tengok my dad sakit sebegini rupa.
12-Beli baju raya di Mydin beberapa jam sebelum Hari Raya Aidilfitri.
13-Belajar cara kehidupan orang yang patah tangan.
14-Duit raya dan duit orang bagi dapat banyakkkkkkk~ Im rich *angkat kening*
15-Balik KL naik ROYAL MALAYSIAN AIR FORCE. Fuyoooh fuyooh xD
16-Jumpa semua my best friends yang sebulan tak jumpa di rumah Iyli sempena open house hari raya.
17-Buka fibreglass, bajet-bajet tangan kiri aku ni dah kuat gagah perkasa boleh angkat beribu dinosaur.
18-Taking care my parents, feeling so good. Haha
19-Start masuk sekolah, semua orang macam caring dekat aku. Oh my terharu :'3 Thanks!
20-My twin from another parents kutip duit derma from my class 2 Amanah. Yeay Alhamdulillah banyak lah juga, tak sangka orang yang aku tak rapat pun bagi juga :D Thank you guys!
21-First day, nak jawab final exam. First time, menangis nak jawab exam. Hahahahah funny -.-
22-Pergi MidVelly with Nadhirah,Iyli,Aisyah,Wani,Faiq,Ziesha and Ain untuk sambut birthday Iyli~ Main LaserTag di Gelactic Laser, best wooo~
23-Pergi Genting sempena birthday PTSG with Nadhirah, Wani, Sarah, Qizz, Iera, Jiha and Ziesha masa balik tertinggal bas kejar punya kejar tak dapat, so kitaorang naik teksi. Hahahah suka dan duka.
24-Starting to anggap Afiq as Bestfriend from crush to friends. Hahahaha weird~ BESTFRIENDS
25-Sambut new year, agak feeling down and down. So my brain trying to make my heart happy.
Thats all, kot lah. Hahahahah. Jadikan kenangan manis, happy, gegila, awesome kita sebagai pengubat hati yang sedih dan jadikan kenangan pahit, suka mahupun duka sebagai pengalaman mahupun pengajaran yang membuatkan kita untuk menjadi insan yang lebih kuat,bijaksana dan teruskan hidup! Eh, macam apa pula aku ni. Hahahah ignore me~
Future.
This is my wish list :-
1-Being a good, genius girl. Eh? Hahahaha amiin!
2-Dapat membanggakan parents aku dengan kejayaan akademik mahupun kokurikulum dan perangai aku.
3-NO MORE BERMASAM MUKA, NO MORE BEING A LAZY GIRL, NO MORE HIDUP ENTAH APA-APA JE? Haahahah tak boleh blah ayat aku.
4-Fashionista~
5-NEW ME!
4-Bijak dalam bahagikan masa with studies,koko,family,playing around and internet. Ngeh ngeh ngeh, sementara wifi jiran masih boleh digunakan. Apa salahnya~
5-No more tears? :D Happy life? In Shaa Allah.
Aku dah malas nak type itu ini itu ini. Serupa tak payah ada blog kan aku ni -.- So Im giving you these!


THEM 
My parents
2nd sister in-law,Kak Ira with her son and my older sister Nana.
 My older brother, Along.
 My third sister, Adibah and arwah abang kedua, Abewa
 Anak sedara mahupun anak buah.
 Nana's kid, Zafran and his sister Zahra.
 Arwah abewa and Kak Ira's son, Harith.

Nana,my borther in-law and Zafran.
My second sis, Afiqah with Zahra.
BESTFRIENDS ♥

 Nadhirah.
 Najiha.
 Syahirah.
 Zawani.
 Aina.
 Areen.
 Nazirah.
 Iyli.

Ziesha.

 Aisyah with me.
Afiq.
Bestfriend forever? In Shaa Allah. Bye :)
Hehehe :p






Sunday, November 25, 2012

You got my first heart.

ASSALAMUALAIKUM

Baby, you got my first heart heart heart. Whenever I see you my heart goes dup dap dup dap~ Hahaha. Kau rasa agak-agak aku boleh buat lagu tak? Kalau aku menyanyi, kalah semua artis di dunia ni. Hahaha. *bajet-bajet jadi Kendall Jenner* Aku dapat rasakan betapa geramnya kau nak hempuk-hempuk almari gajah dekat aku kan, daripada kau hempuk benda alah tu baik kau hempuk terus gajah tu bukan dekat aku tapi dekat kawan kau punya sedara punya anak buah punya kawan punya warga asing di Malaysia ini. Fuhh~ Penat aku rap sebegitu rupa. Hahaha. Eh bercakap tentang Kendall Jenner. Aku suka sangat dekat dia. Bukan apa sejak aku tengok Keeping Up With The Kardashian, aku tertarik dengan kecantikan dia. Nah, take a look her gambar. Hahahha rojakness.

Gorgeous isn't she? Hahaha aku lagi lawa lah daripada dia. Tak percaya? Take a look!

Boom! Ninja's! Hahaha gorgeous kan? Stunning kan? Cantik kan? Pretty awesome kan? Hahaha I know I know I know. Awww, dah-dah lah tu puji-puji aku. Hahahhaha. Ayat aku minta pelempang ja kan? Lol whatsoever. Im beautiful, Im awesome. Who's care?! Eh terlari pula dah daripada entry aku. Kau lah ni! *cekak pinggang* Ha Ha Ha So Funnyyyyy Aqilah. So Funny! Heh! So this entry about tentu sekali bukan tentang kawan-kawan aku dan boyfriend, scandle,husband dan tunang aku di Korea sana. Hehehehe ianya tentang keluarga aku.
Meet :-
Babah Latif, the most handsome King who I loved for the rest of my life. Babah Latif dia sangat positif,lembut hatinya dan suka memberi pendapat yang wajar. Everybody in the house suka dengar pendapat dia sebab dia takda unsur-unsur memaksa mahupun menolak.Beliau seorang yang gagah kuat perkasa seperti Gladiator. Tetapi anak bongsunya ini iaitu aku, lagi gagah tahu tak? Hahaha okay *muka sepuluh dua puluh lima puluh sen*
Mak Rock, the most gorgeous,stunning, beautiful Queen I ever met. Mak Rock|Bonda Kiah|Mama Rock adalah gelaran yang diberi oleh aku. Gelaran paling special sekali adalah Mak. Beliau merupakan seorang yang berani, mampu mengeluarkan vokalnya yang merdu bak Saloma di pagi hari. Ewah-ewah. Hehehe sangat baik dan caring orangnya. Suka memasak seperti arwah Ibunya (TokMek), rajin membuat kerja harian. Senang cerita, Mama Rock tak suka duduk diam. Hahahaha. Amboi degilnya dia. Okay aku kejam panggil Mak Rock degil. TettNetNetNet
Along Azuan, my abang long. Tetapi aku "kaklong". Hahaha. Dia? Hahahah sangat friendly orangnya. Lawak pun ada. Caring lagi lah ada. Sudah bercahaya mata. Tiga orang anaknya. Isterinya kurus orangnya. Ewah-ewah berpantun pula aku ye. Wahai Along sila kurangkan buncit terhadap perut mu iya? Hahahaha okay kalau dia baca, mampuih aku.
Abewa Azua, my second abang. Arwah sangat baik orangnya. Suka minum milo, kalau datang rumah. Habis milo aku dirembatnya. Hehehe suka menari ala-ala Sean Kingston. Tinggi lagi comel gitu orangnya. Macam Angah Raja Lawak tu. Berbini orang Perak mempunyai seorang anak lelaki yang dapat menggantikan arwah.  Kata orang, semasa kebumikan arwah Abewa. Dia senyum sampai nampak gigi. Liang lahat bersama anak keduanya Nur Khaireen. Syurga tempat mu ya wahai Abewa.
Nana, hidungnya macung seperti Karina Kapoor. Hahahah. Comel cantik orangnya. Sudah bersuami. Suaminya pula keding orangnya. Hahaha. Baik dan pemurah orangnya. Alolololo kembang lah tu, orang puji dia? Mempunyai dua cahaya mata. Ingat lagi tak post anak jepun? Tu lah anak kedua dia. Terlampau comel sampai aku rasa nak cubit-cubit je pipi dia sampai pipi dia jatuh. Hahahhaha *gelak orang jahat*
Kakak Iqah, seorang kakak yang boleh lah. Hahahah k kejam aku kejam. Seorang yang pendek. Munenenenenene tidak dapat dinafikan. Bhahahaha. Cepat panik orangnya. Selalu bersifat seperti makcik tua. Itu yang agak lah buat aku rasa nak tarik-tarik je kulit perut dia. Woi, ingat lagi yang awak tu muda. Payemmm? *Faham
Adik Debab,  penuh dengan perah santan dia tu mengatakan bahawasanya dia paling comel? Oh please, sila pergi main jauh-jauh ye. Suka membuat perangai annoying dia tu bila adanya aku. Tidur? Salah satu hobi beliau. Hahhahaha tapi why you masih boleh lah bijak. Puih. Menyampah aku mengatakan hal-hal sebegitu rupa. Hhahhahaha. Oh dia sangat rapat dengan Kakak Iqah. Thats one of my reason why I always feel so alone. Wekk, whatsoever. I dont care. Hahahah Adik Debab ni kakak aku yang 4 tahun lagi tua daripada aku.

Beby, the most beautiful girl in the world. Hhahahahh. Crazy but not insane with her gegirls. Pemalu orangnya. Garang++++++ aku bagitahu kau tapi hanya jika tahap kesabaran dia melebihi 100 keatas. Hahaha terlalu baik dan agaklah bendul sikit. Dekat rumah, diam je orangnya. Tak suka sangat bersosial sana sini situ, katanya duduk rumah lagi bagus. Suka mengenakan pakaian keluar rumah yang simple, tapi bila dia mengikut fesyen BOOM macam model. Lawa gilo aku cakap. Haahaha. Siapa beby? Aku lah beby. Heeee *buat muka ala-ala comel*

Itu lah mereka, mereka sentiasa ada dalam hati aku. Walau apa pun terjadi aku sayang diaorang sangat-sangat. Aku bersyukur mempunyai keluarga yang sebegini. Akhir kata, KAMI TAKKAN TERPISAH.

Thursday, November 22, 2012

Mangga

ASSALAMUALAIKUM

Kau apa khabar ? Sihat ? Dah makan ? Dah mandi ? Dah tolong itu ini ? Banyak tanya je aku ni kan ? Sibuk lah aku ni. Hahaha. High 5 sikit , tak nak ? Okay fine okay fine okay fine. So aku nak cerita sikit hari ni, macam biasa lah buat itu ini. Tolong mak. Masakkan untuk mak. Kemas rumah yang setiap hari tidak lari daripada sepah sana sini situ yang disepahkan oleh anak-anak buah aku yang comel handsome lagi kacak ini tidak lain kalau bukan Muhammad Zafran Mirza dan Muhammad Harith Iskandar. Upin dan Ipin memang sesuai diberikan gelaran tersebut kepada anak-anak kecil ini, botak pun botak. Pendek, kecil je. Kalau warna hijau kulitnya, sudah menjadi toyol-toyol yang paling comel mungkin. Hahaha. Well apa salahnya puji anak-anak kecil ini. Okay sambung, apa lagi? Haaaa gembirakan mak. Sememangnya dah tugas setiap anak untuk menggembirakan ibunya yang tercinta. *buat muka baik*
Setiap pagi mak mesti melontarkan vokalnya yang merdu membuatkan aku terjaga daripada mimpi-mimpi indah aku. Adalah suatu pagi hari tu, aku masih lagi nyenyak tidur lena dek kerana syaitan-syaitan telah bergayut di bulu mata aku supaya aku menyambung mimpi indah aku. Beberapa minit kemudian, mak menghubungi aku. Ringtone Right Next To You dinyanyikan oleh Chris Brown feat. Justin Bieber kedengaran kuat dan lagi kuat. Lalu aku bangkit dengan perasaan seperti baru lepas berperang bersama Kapten Amerika menentang kejahatan. Kapten Amerika itu sangat lah handsome. Weeeee~
Pejam celik pejam celik pejam celik, sudah cergas mata ku ini. Tup tup kedengaran seperti lonceng basikal. Aku toleh ke kiri mahu pun kanan. Aku berdiri atas katil, melihat suasana bandar tilam aku. Aku angkat selimut lalu di kibas-kibasnya. Akhir sekali aku angkat bantal, jelas sekali dia menyorok di situ. Jumpa juga akhirnya handphone aku yang aku tidak beberapa sayang ini. Hahaha.
Dengan bacaan bismillahhirahmannirahhim, aku sentuh screen handphone aku. Aku slightkan jari aku sepantas kilat yang paling lembab. Rupa-rupanya aku dapat mesej. Di dalam hati dan juga perasaan aku memang berharap dari seseorang yang menyayangi diri ku ini dan bukannya daripada sesuatu perkara yang mengarut seperti maxis mahupun celcom. Aku sentuhkan jari telunjuk aku dua kali, BOOOM! Itu dia mesej daripada seseorang yang menyayangi aku dan aku menyayangi beliau beribu kali ganda jutanya. Mesej itu daripada Bonda Kiah, ibu ku yang tercinta. Awww. Kata bonda Kiah :-
"Beby, bangun! Turun bawah, tolong ambilkan buah mangga yang jatuh depan rumah sekarang."
Tersedak tak bila kau baca ni? Hahaha. Well, aku pun apa lagi dengan memakai baju kaftan berwarna oren bercorak batik dengan rambutnya macam rapunzel buka pintu bilik, jalan macam orang mabuk, turun tangga satu per satu. Hahaha perlu ke aku cerita semua tu? Perlu sebernarnya. Lepas tu aku keluar rumah macam orang gila dok tercegat depan rumah toleh kiri kanan kiri kanan mencari buah mangga tersebut. Tak nampak. Aku duduk mencakung, macam budak hilang rumah. Usha-usha bawah kereta orang tu kereta orang ni. Tak jumpa. Aku pergi kebun kecil yang berunsurkan flora yang mempunyai pelbagai jenis pokok liar depan rumah aku. Pergh nyamuk-nyamuk jahanam berlambak der dekat situ. Hahahaha. Kali ini aku membuka mata aku yang luas mulas.
BOOOM aku cakap dekat kau, buah mangga jatuh atas bahu aku. Nak mengamuk tak boleh juga sebab salah sendiri. Sabar tidak mengapa aku kena bersabar, pokok mangga tu jealous dengan aku sebab aku cantik sangat pagi-pagi ni. "Takpa, nanti aku balas balik dekat kau pokok mangga. Tunggu kau." Kata hati aku. Hahaha agak gila lah kan aku ni nak berdendam dengan pokok mangga. Mana taknya, lebam bahu aku dirembatnya. KONGHAJO! Dan secara tiba-tiba ada seorang budak perempuan berdiri sebelah pokok kelapa dia usha je aku. Aku pun tanya lah dia.
*Tulisan biru aku, tulisan hijau budak tu*

"Adik tengok akak dah kenapa? "
"Akak ni pagi-pagi buat apa dalam kebun ni?" 
"Adalah, adik tak payah nak menyibuk. Tu bunyi lonceng dah tu. Pi masuk kelas cepat"
"Aloh. Hahaha comel je akak, okay bye akak. Jumpa lagi."
"Haha terima kasih. Okay bye"
DUM DUM DUM budak tu baru tahu ke yang aku ni comel. Eh mesti korang tak faham kan kata-kata di atas? Sebenarnya rumah aku betul-betul depan surau. Surau tu pula jadi tempat belajar agama budak-budak sekolah rendah di pagi hari. Haaa faham? Aku pun ambil buah yang jatuh atas bahu aku tu then finally aku ternampak buah yang bonda Kiah aku maksudkan tu. Rupa-rupanya dia menyorok dalam pasu bonda Kiah aku. *sigh* kemain panat lagi aku mencarinya merata tempat disitu dia pergi menyorok. Aku pun ambil dan berlari tergedik-gedik masuk rumah aku. Aku basuh buah tu, potong dan bagi dekat siapa lagi kalau tidak bonda Kiah. Weeeeee~ The end. Hahaha.


The awesome among the best.

ASSALAMUALAIKUM

Pejam celik pejam celik dah tinggal 320 hari untuk PMR 2013. Haih, semakin hari semakin risau aku dibuatnya. Semakin hari semakin rapat pula aku dengan alam maya ni. Hahaha bukan rapat dengan buku. Teruk-teruk gila aku ni. Dah lah teruk, gila pula tu. Nasib baik tak kena sawan. Hihihi okay sila baling laptop anda ke arah dinding sekarang sebab menyampah baca post aku. Cuba tengok entry aku ni ha, baca betul-betul bahasa inggeris dia. Pastikan "sleng" inggeris kau tu ada kalau nak baca entry aku. Ini entry bukan calang-calang entry kau tahu. Ini entry super duper cuper hebat. Pasti anda mahu katakan awesome bukan? Aku tahu lah. Tak payah menyorok, malu-malu pula dia. Atotototo. Tumbuk muka sendiri sampai keluar darah biru kau tu sekarang. Aku tahu kau bengang baca benda-benda mengarut ni. Hahaha.
The awesome among the best.
Aku ni tak habis-habis ulang entry kali ni. Hahahaha awesome sangatkah? Sini wa cakap sama lu, awesome tak awesome aku bersyukur sangat-sangat kepada ALLAH SWT sebab pertemukan aku dengan kawan-kawan aku yang handsome mansome pretty beautiful ni. Mesti kau dah tahu kan entry ini tentang siapa? Adudududududududuh spoil lah kau ni. Shhhhhuuh senyap okay senyap. Biar aku yang bagitahu. Bunyikan drum please, deng deng deng deng deng deng ching ching bam dum dong. Eh bunyi drum ke apa tu? Hahaha forget about it. Aku nak cakap ala-ala jerman. Okay. The awesome among the best adalah buat kawan-kawan baik buddyz gila sopan super dooper power aku! Hahaha jadi tak sleng jerman aku? Jadi kan ? Ecewah, bangganya orang disini.
Kawan-kawan baik aku ni ramai, semuanya kacak macam Aaron Aziz dan cantik macam Lisa Surihani. Mereka-mereka ini ada keistimewaan diri masing-masing. Amboi bm aku, kalau cikgu matapelajaran bm aku baca ni dipanggilnya ke bilik guru untuk perdengarkan ceramah pot pet pot pet beliau. Mahu tak pening kepala aku nanti menyusun kata-katanya yang bergaya konon-kononnya sempurna lah tu. Hahaha okay sambung. Kawan-kawan baik aku ada satu ciri-ciri yang serupa, sama, terbahagi sama rata, tidak goyah, tetap istimewa iaitu membahagiakan aku. Yeah aku bahagia bersama mereka, mereka bagaikan keluarga kedua aku. Kedua? Yes kedua. Kau telan handphone kau sekarang! Hahaha tak pasa-pasal kau kena, kesian.

Kunci kebahagian ialah kepercayaan, kesetiaan dan paling penting kejujuran. "HONEST IS THE BEST POLICY" Selama aku hidup ni kan, aku pegang je kata-kata ni. Jangan sesekali tipu seseorang, tidak kira besar mahu pun kecil. Tipu tetap tipu. Tapi kita boleh tipu seseorang kalau kau tipu tu untuk kebaikkan diri dia mahupun semua orang. Tak faham ? Otak kau ada kan, kau manusia mesti ada akal sekali kan? Guna akal kau tu fikir sendiri. Hahaha.
Kawan , dalam hidup ni kita kena bijak memilih kawan. Kalau bijak memilih kawan, maka harmonilah hidup kita. Kawan-kawan baik aku semua bijak-bijak dengan gaya dan cara tersendirinya. Kawan, apa gunanya kawan kalau kita tengah bersedih, sedangkan dia bergembira. Itu namanya bukan kawan. Itu namanya teman palsu. Hahaha. Mereka selalu cheer me up bila saya sedih atau penat. Kawan, tempat kita berkongsi masalah jika kita tak rasa selesa berkongsi masalah itu dengan keluarga. Diaorang menjadi pendengar setia aku dan pemberi nasihat yang boleh lah juga aku gunakan. Hahaha. Nak tahu siapa mereka?

Boom De Pak De Pak Boom. Ala-ala clapping hentak sana sini.
Ini dia awek cun-cun sekalian :-
-Nur Nazirah  -Siti Nor Syahirah  -Areen Natasha  -Iyli Hasanah Bahiyah  -Aisyah Sofia  -Nor Nadhirah  -Fatin Farzana  -Putri Ziesha Balqis  -Aina Farzana  -Siti Nor Najiha
Tidak ketinggalan seorang jejaka tampan bagaikan Putera katak. Hahahahha gurauan semata-mata. Actually Putera Arjuna. Jangan nak terlebih kembang ye encik :-
-Afiq Syazwan
"Thank you sangat-sangat korang sebab terima aku seadaanya dan sentiasa ada untuk aku. Maafkan diri ini jika ada terkasar dan tersilap budi bicara mahupun tingkah laku. Harap hubungan kita tidak akan terputus. Kita kan buddyz, kita takkan terpisah. In Shaa Allah. Akhir kata, aku sayang korang plus plus plus plus lah."  

Setakat itu sahaja post aku. Sekian.
Assalamualaikum :)
Nota kecil : Doakan saudara saudari kita di Gaza dilindungi Allah SWT. #PrayForGaza :')

Anak jepun.

Assalamualaikum semua! *Lambai tangan* Korang buat apa tu? Nak tidur dah ke? Soalan kebendulan aku terserlah. Sah-sah lah time macam ni korang nak melancong ke alam Dreamland bukan? Hahaha tapi sekarang kan cuti sekolah tidur lah lambat sikit, sikit je. Tett net net net net~

Anak Jepun?  Kenapa dengan anak Jepun ye? Macam ni cerita dia, ada lah seorang awek ni cun gila lah. Kalau jejaka-jejaka di dunia ni tengok, aku rasa banjir dah rumah korang dengan air liur. Hahahah. Dia punya jalan ala-ala catwalk. Terkedek-kedek. Dia punya senyuman dia, lawanya alahai sampai aku pun tercair-cair tengok dia senyum. Aku pun apa lagi, nak lah juga berkenalan dengan awek cun ala-ala anak jepun ni kan.

Tup tap tup tap nama dia KEBABOM! Alahai namanya comel je, Adriana Zahra. Nama manja A'a. Gila lah wa cakap sama lu, wa agaklah jealous sikit dengan nama manja dia. Wa pun nak juga nama manja sebegitu rupa. Eceh *kelip-kelip mata* Dia masuk pertandingan Ratu Cantik dan Comel, for sure lah aku menang. Hahahah *lambai tangan ala-ala Ratu Cantik* Mesti korang rasa nak tumbuk-tumbuk penyet-penyet je kan muka aku, aku tahu. Tidak perlu berahsia. Ahaks!

 Okay sambung bercerita tentang dia hei! Tentang dia hei! Katanya "Saya masuk pertandingan itu hanya mencuba nasib." Ewah-ewah-ewah mencuba nasib ye? Kau takkan menang lah weh, semua orang vote aku. Hak tuih! Hahahah panas je korang baca kan? Aku ada tangkap gambar si Adriana Zahra ni, nak tengok? Dipersilakan :)


Itu dia~ Hahaha comel tak? Comel kan? Kan kan kan kan kan? Cakap ye! Kalau tak, korang tak pasal-pasal masuk hospital nanti. Serious talk ni. Hahaha tapi aku lagi comel lah dari dia. So let me introduce her again - Adriana Zahra | 1 tahun lebih | Anak buah aku yang ke-6. Si cilik yang garang dan comel ini macam anak jepun bukan? Nak lihat gambar manja A'a ?

CIKKU CAK! Aummmmm :3

Hahahah comelnya alahai. Dengan itu ini sahaja post aku. Assalamualaikum semua! :D

Wednesday, November 21, 2012

Hidup Baru

Assalamualaikum semua. Haaaa lama tak buka blog ni ha, maklumlah hidup aku mengalahkan seleberiti sibuk ja memanjang. Hahaha well new topic today :) HIDUP BARU. Kita harus teruskan hidup kita walau apa pun yang terjadi right? Sebelum tu, mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat abang aku yang tersayang, Muhd Azua dan anak keduanya, Nur Khaireen meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 6-8-2012. Semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang beriman. Aamiin. Dah dah jangan nak sedih, nanti banjir pula blog aku ni *lap air mata*.

Aku nak habaq mai, sebelum ni kalau aku pergi mana-mana ja mesti aku mendiamkan diri dan hidup macam tak ada hidup. Hahaha faham? Masa kecil dulu-dulu, *pasang lagu P.Ramlee* eceewah~ aku comel, cantik, gorgeous, stunning, unik *tengok cermin* ye masa kecil aku comel mengalahkan kamu-kamu semua. Hahahaha mesti korang rasa nak tibai-tibai je aku kan. Well, dah fakta nak buat macam mana. Actually aku lah budak kecil paling bahagia dekat dunia ni. Bila dah besar tup tup jadi pendiam ja. Memang sedih. Hahaha

Mulai daripada saat ini,minit ini, jam ini banyak songeh pula aku ni hahaha, aku nak berubah ke diri aku yang dulu, diri aku yang comel jelita dahulu. Aceccececcece *buat muka comel* Aku tak nak dah bermasam muka macam hantu Ju Onn hahaha Ju Onn pun comel apa. Aku nak melakukan yang terbaik untuk diri aku. As long as Im happy *turn on lagu As long as you love me*

Couple? Malas nak layan dengan perkara sedemikian. Cukuplah dengan adanya keluarga aku yang tercinta terkasih tersayang termuah-muah lah dan kawan-kawan baik yang awesome cool lawak gila-gila kadang-kadang ada yang macam sawan pun ada. Hahahaha kalau korang nak tahu lah kan aku sayang diaorang semua, muah-muah-muah! Tapi kalau aku dapat tahu ada orang sakitkan hati diaorang dan what so ever lah perkara yang negatif orang tu buat dekat kekasih-kekasih aku, haaa kepala kau tu jumpa dengan tukul kaki gajah dan sememangnya aku belasah korang mengalah KL gangster. Haaa berani? Lai lah lai lah .

Okay dulu aku selalu pakai pakaian warna hitam dan putih. Now aku nak berfesyen, tak salah bukan? Hahahaha tunggu tabung aku berat seratus kg dulu, baru aku shopping tak ingat dunia. Dan bercakap tentang shopping tu, sebenarnya tak boleh sangat sebab tahun depan aku PMR oh yeah yeah yeah yeah menangis air mata darah lah aku. Lagi pun aku last batch PMR kan, so mesti susah right PMR nanti? So dengan itu, aku mesti mempersiapkan senjata-senjata bom dan segala alatan yang boleh aku membunuh dengan kejam dan awesome soalan-soalan PMR tu dari sekarang. Haahahha nak senang, kena mula dari awal :)

Eh cerita, cerita juga, dah pukul 7 malam ni, aku nak solat dan siap-siap pergi tuisyen. Assalamualaikum semua!

Sunday, July 8, 2012

Happy

Assalamualaikum, dah lama aku tak update blog. Berhabuk *cough* lol. Aku nak luahkan dekat sini yang aku bahagia dengan hidup aku sekarang. Ada masalah ke takde masalah ke aku tetap bahagia. Maksud bahagia disini ialah aku membahagiakan diri aku sendiri. Sebenarnya aku takdelah bahagia mana.

Every weekend, aku akan ke Kebun. Sekolah hari Sabtu,KOKO aku kena skip. Memang sedih. Shopping dekat kedai Big and Giant ja, itu lagi sedih. Demi ibu bapa tercinta, ya aku sanggup tapi sampai bila hidup aku macam ni?

Walaupun aku hidup dekat Gombak, setiap hari keluar masuk rumah untuk ke sekolah atau ke kebun. Apa yang jadi dekat Gombak aku tak tahu. Baru sekarang aku dapat tahu Gombak ada pasang lampu cantik dekat roundabout. Hahahaha teruk gila. Apatah lagi di Kuala Lumpur.

Itu ja bahagia aku. Minta diri dulu. Assalamualaikum. :)

Friday, April 6, 2012

Kenapa?

Hai, Assalamualaikum.

Kenapa macam ni?
Kau sekarang dah lain my dear ex crush?
Kau jadi my ex crush sebab perangai kau lain. Last day kau baik dengan aku masa kau suap aku kerepek at time latihan kawad kaki. You always be the first. Kau orang pertama belanja aku, kau orang pertama wish aku on my 14th birthday, kau kawan pertama suap aku.

Aku stalk facebook kau, baru je tadi. Tengok kau dah relationship with someone else name Izzah Aina. Budak form 1, sekolah lain. Aku tanya kau, kau cakap fake relay je. My sad smile turns to happy smile but perangai kau still macam kau nak mengelak dari aku. Kenapa?

Masa rehat tadi, kau ada kem kepinpinan pengawas well aku sekolah. Sebelum rehat, Kau suruh aku pegang handphone kau, aku pegang. Masa rehat, kau otw balik dari koperasi with kawan-kawan kau and aku otw datang koperasi. Tibe2 ada sorang india rupa macam 20 an datang serang kau betul-betul depan aku. Kau baru nak pakai kaca mata hitam Ray Bean. Dia tarik baju kau, then dia tumbuk kau on muka kau. 2 kali dia tumbuk kau. Kawan kau Ridzman cuba tolong kau. Aku dengan kawan-kawan aku terpaku. Hati aku tiba-tiba sebak. Dia tumbuk kau, sampai bingkai kaca mata kau tu patah. Aku terkejut sangat-sangat. Then india tu heret kau pergi kantin. Muka kau merah, mata kau pon sama. On the spot hati aku rasa sebak sampai nak bernafas pon susah. Aku dengar kau cakap sorry dekat india tu banyak kali. Then kau dengan india tu kena panggil masuk pejabat sekolah. Aku pergi dekat koperasi sebab aku nak beli air soya, then aku terjumpa bingkai kaca mata kau yang patah tu. Aku ambil bingkai tu simpan dengan handphone kau. Dalam kelas, aku risau sangat-sangat pasal kau. Sumpah terasa sangat sebak di hati aku ni. Then masa balik aku jumpa kau, sebab nak bagi handphone kau. Bile aku bagi handphone kau, aku bagi bingkai kaca mata kau. Kau ambil bingkai tu terus kau pergi dekat Ridzman sebab dia pegang kaca mata tu. Kau langsung tak cakap thank you dekat aku sebab jaga phone kau. Kau main blah macam tu. Mana diri kau yang sebelum ni? Aku rindu diri kau yang dulu. Yang jauh beza dari yang sekarang. Kenapa kau dah lain sangat-sangat? :'( Aku harap kau okay.

Anyway I NEED YOU AND I MISS YOU SO MUCH! Please stop giving me hope.

Sunday, March 25, 2012

Camp KRS 2012

Assalamualaikum.. Now aku nak cerita pasal Camp KRS bulan Mac 2012.

Pukul 5 petang: Pendaftaran, hehe aku datang awal 30 minit. *BANGGA* -.- Aku sampai terus nampak crush aku. Tiba-tiba kawan aku sorang ni cakap yang aku jadi MT (Majlis Tertinggi) terus aku macam WOAAHH! Bangga doe jadi MT. Haha boleh buli..

Malam tu lepas habis solat, kitaorang buat ice breaking. Huhuhu best-best and then kitaorang buat ikhtiar hidup. Masa tu crush aku cakap "dekat facebook baik je, dekat luar bapak garang.." Aku jawap "dekat camp je garang luar tak.. " Sumpah best masa buat ikhtiar hidup, aku jaga kumpulan CRUSH aku. hehe tu yang best tu. Malam tu berkepit jelah dengan dia. Dia tak habis-habis nak suap aku~malu~tapi aku tolak lah.. HAHA :D Diaorang tidur pukul 1:00 pagi.

Puku 3 pagi, para MT kejut diaorang secara mengejut sebab ada OBH (operasi burung hantu) Hehe time tu syok doe.. Tutup mata diaorang, bawak diorang secara berkumpulan then pusing-pusing 1 sekolah, lepas tu letak sorang-sorang dekat padang. Apa lagi kacau diaorang lah. HAHAHA Semestinye aku kacau crush aku. Pergh! Dia tak gerak pon, duduk diam je. Penat aku kacau. Habis OBH je, penghulu cakap nak mandi. Kitaorang para MT, ambil air dalam baldi. Tunggu kejap, then SIMBAH air dekat dioarang. HAHA Aku aim dekat crush aku sorang je. Heeeeeeeeee <3

Pagi tu lepas solat subuh, kitaorang buat senaman pagi, turun padang, kawad kaki, naik taman gajet, lepak  kejap, makan, then naik puncak. Dekat puncak crush aku bagi air oren dekat aku sorang je lepas tu dia nak suap aku lagi, sekali lagi aku tolak. Hehe bangga. Lepas tu, turun rehat2 kejap, makan tengah hari, dengar taklimat, balik. Masa balik Aidil Hanafi hantar aku balik sampai bus stop fasa 5. Special thanks to you! :D

Sayang atau benci?

Assalamualaikum, hari ni terasa nak update blog banyak-banyak je. Hehe Mengenai tajuk Sayang atau benci kite hari ini. Yes! of course mengenai CRUSH aku.

Aku sayang dia sebab dia take care pasal aku, dia selalu jujur dengan aku. Dia pon selalu cakap yang dia pon sayang aku. In my heart and my mind, He's gonna make me happy forever. But bila time text? Woooo dia lah yang terakhir nak reply mesej aku, alasan takde kredit. Lol! Dompet berkepuk topup 5 ringgit 10 ringgit pon tak boleh beli ke? Hari tu kawan aku cerita yang kau mesej dengan dia, ada pulak kredit kau. Sampai hati kau buat aku macam ni kan? *ambil tisu 2-3 helai,lap air mata*

Serius aku cakap aku RINDU gile dekat dia even he left me for a second. Aku sayang dekat dia tapi aku nak benci dia pon macam nak tak nak je. Semalam aku ada camp krs, jadi MT. Malam tu aku berjaga, ternampak ada sorang akak form 4 ni text dengan sorang lelaki nama same dengan nama crush aku. Akak-akak tu borak-borak, aku pon curi dengar lah. Hehe ternyata akak sorang ni suka crush aku jugak. Hmmm sedih.. *Tutup mata dengan tapak tangan*

Aku tak tahu lah kenapa aku jadi macam ni. To be continued...

Birthday yang tersayang.

Hai. Sihat? Berhabuk sudah blog aku ni *sapu-sapu sikit* Lame aku tak update blog bukan? Maklum lah orang VVIP, buzy sangat. *Gelak sorang-sorang* Entry hari ni mengenai. Meh sini  meh aku nak bisik-bisik.

Birthday yang tersayang. My sis : Afiqah and my cousin: Adib. Huhuhu

AFIQAH

Assalamulaikum orang disana *jauhnye mesir* Apa khabar? Anyway Happy 20th Birthday Pickaboo..
May Allah bless you. Mudah- mudahan hidup dekat sana senang.I love you. Huhu Fighting!

ADIB

Assalamualaikum, Happy Birthday! Dah tua dah dia.. Haha Saranghae.. May Allah bless you and have a wondefull life.

Heeeeeeeeeee Sorry tak seberapa. Nah amik kek ni makan 10 tahun akan datang. Hehe

Monday, January 2, 2012

Buka Sekolah

Nama : Aqilah bt. Abd Latif
No. K/P : 980213-XX-XXXX
Umur : 14 Tahun
Tahun : 2012
Nama Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan HillCrest
Nama Kelas : 2 Amanah

Syukur Alhamdulillah aku duduk kelas yang sama. :) InsyaAllah aku akan buat yang terbaik untuk tahun ni.

Mudah-mudah aku dapat uruskan semua perkara yang di amanahkan kepada aku. Amin. Cuma aku kena pandai uruskan masa belajar dengan koko. Aku kena mula buat jadual belajar kerana tahun 2013 aku bakal menjadi calon PMR. I'm still not prepare. :'> But this year, i promise i will do the best for the one i love and for the one who love me. InsyaAllah. Amin.. 

Beban tahun ni agak berat. Seriously tahun ni agak menakutkan bagi aku. Sebab banyak perkara akan berlaku. Feeling like no one will support me to do everything that i hopefully i can do it well. Kalau english dekat sebelah ni hancur harap maaf ye. Tahun ni banyak perkara yang aku buat such as jadi senior petang, handle krs petang,buat family bangga and be study smart person. :'> I'm not ready yet. Lepas tu ramai member aku pindah or habis sekolah. So maybe tahun ni aku rasa kecik and alone lah kot. Kalau ada geng macam dunia ni aku yang punya tapi bila dah jadi macam ni serius macam nak nangis je. :'(

Takpe aku seorang yang tabah. InsyaAllah aku boleh buat. Amin.. :') 

Saturday, December 31, 2011

Selamat Tahun Baru

Ku berdiri di puncak fasa 8 berdekatan sekolah Hillcrest. Memandang bandar-bandar yang menterangi bumi. Kuala Lumpur Convention Center atau lebih dikenali sebagai KLCC dan KL Tower menjadi tanda mercu negara Malaysia. Ya Allah ianya sungguh cantik. Aku duduk di situ memandang pemandangan yang sungguh indah. Aku senyum gembira. Aku memandang jam aku, sudah pukul 11:55 malam pada 31/12/2011.



Aku tidak sabar untuk melihat pentunjukkan bunga api. Angin sungguh sejuk pada malam itu ini. Aku terbayang pada waktu ini aku bersama keluarga, teman-teman rapatku dan bersama dengan orang yang menyayangi diri ini.  Melihat bintang yang menterangi langit yang sungguh gelap. Bulan penuh mengambang.

Tepat jam 12:00 tengah malam. Pentunjukkan bunga api dimulakan.


Happy New Year. May Allah bless us for this new year! I hope i can be a good daughter and i can get 8A in my examinations. :) Insyaallah.. Amin.

Thursday, December 29, 2011

Aku redha.

Aku memberi renungan kosong seperti tidak rela melepaskan dia pergi dari aku. Aku belum bersedia untuk melepaskan dia. Jika aku sorang sahaja yang hidup di dunia ini, aku pasti keseorang. Tapi selama aku di dunia ini hanya mereka sahaja yang selalu mendengar luahan hati aku. Hati ini sering terasa kosong. Bila hati ini penuh dengan rasa kasih sayang tapi tidak lama kemudian ia kembali kosong.

"Ya Allah, ampunilah dosa-dosa hamba mu ini. Kau bawa lah mereka pergi dengan tenang jauh dari bumi ini, jauh dari azab api neraka. Kau tempatkan lah mereka bersama orang-orang yang beriman. Kau tenangkan lah hati ku yang tidak menentu ini, Ya Allah. Ku mohon kepada mu ya Allah, jauhi lah aku dari godaan syaitan ya Allah.Amin.. "

Aku redha dengan pemergian mereka. Semua yang telah menjadi arwah ataupon telah meninggalkan diri ini membuat hati aku terasa kosong. :') Aku ingin isi semula hati aku ini. Ingin susun semula setelah ia pecah berkecai. Satu per satu aku ambil dengan penuh berhati-hati kerana takut tangan aku pula yang luka. Dengan perlahan-lahan aku susun. Setelah selesai menyusun, aku ambil gam untuk melekatkannya. Akhirnya ia terbentuk hati semula. :') Aku berharap tiada apa yang dapat memecahkan hati ini lagi.

Kembali senyum besertakan harapan yang amat tinggi. Menarik nafas dan menghembuskannya seperti melepaskan segala yang telah pecah di dalam hati supaya hati ini tidak 'overload'. Aku berkatakan :

" Selamat Tinggal Bella, berbahagia lah kamu di sana. Aku nak engkau tahu yang aku sayangkan kau sangat-sangat. Kau simpankan lah rahsia-rahsia yang telah aku memberitahu kamu. Sayang dari tuanmu Aqilah."

Blog Note: Bella itu kucing yang sangat cantik. Dia seekor kucing jantan. Aku beri nama BELLA kerana aku tidak tahu bahawa dia seekor jantan. BELLA nama yang sungguh indah dan sopan bagi aku. Warna bulunya hitam,emas,oren dan sedikit oren. 

INI DIA BELLA

RIP: 28/12/2011@10:55PM (in)Sangkar kucing(N)Tak tahu sebab apa dia mati, mungkin ni dah ajal dia.(Aku)Redha.

Tuesday, December 27, 2011

Happy Birthday Sayang!

27/12/2011-Hari ini bagaikan hari kedua aku lahir di bumi ini. Aku bangun pagi dengan senyuman yang tidak dapat menggambarkan betapa bahagianya aku hari ini.Tiba-tiba telefon ku berbunyi CLIK! tanda ringtone message. Aku buka Lock Keys kepada Unlock. Ada massage dari My Twitter. Aku tekan view

"RM0. @taeccool (Klik sini): Thank u everyone!! I feel so loved tonight!! Everyone becareful not to catch cold and have a wonderful Okcat Day!!"

Aku sungguh terkejut. Ya Allah! Cepatnya masa berlalu. :) Gembira tak terkata right? Heew   :* Aku terus wish dia.

"Happy Birthday @taeccool (Klik sini) . May God bless you. :)"

Hari ni birthday hubby kite lah.. :*  


Happy Birthday Darling. ILoveYou Baby. :* Have a wonderful Okcat Day. 


Monday, December 26, 2011

Selamat Tinggal MONTEL.

Aku duduk di bangku belakang dewan sekolah, termenung jauh nun disana. Aku terkenang memori aku bersama si dia, dari aku mula masuk kawad kaki unit krs sampai lah sekarang. Orangnya tinggi bagaikan seekor dinosaur diberi nama Brontosaurus (apabila ia pupus ia dipanggil Apatosaurus). Senang dikatakan dia besar dan menakutkan. Muahahaha! Dia dilahirkan 16/09/1994 berkacukan darah belanda,cina dan arab. Aku rasa dia lahir dekat Kelantan. Warna kulitnya putih merah jambu gitu, sikap cerianya itu selalu terserlah dan membuat orang senang berkawan dengan dia. Kebijaksanaannya membuat aku agak kagum dengannya. Bagi aku, dia bagaikan seorang Atok,Pakcik,Ayah,Abang Sedara,Abang dan Adik di sekolah.. Tetapi lebih kepada Moyang. Hehe Kami selalu bersaing satu sama lain. Dua-dua tak reti nak mengalah. Tapi yang selalu mengalahnya aku. Banyakkan bersabar hanya itu yang aku mampu buat. Kalau aku tak bersabar dah lama aku tembak ataupun samurai dia habis-habisan.. Yeah! Aku tahu aku kejam.. 

Masa camp krs bulan 7 tu, dia and senior lain banyak mengajar diri ini tentang krs dan lain-lain dan aku menghargainya. Orangnya suka makan tapai dan tak suka makan durian. Dia agak montel dan gemok tapi disebabkan dia tinggi orangnya, kegemokkannya itu tidak nampak sangat... Heee Tahun ini dia mengambil SPM, yup 2011 last year dia bersekolah dekat Hillcrest. Tahun depan bulan 1 dia akan masuk PLKN so aku tidak lagi akan bertemu dengannya. Insyaallah lepas dia habis PLKN, kitaorang jumpa kot. Eh! Hutang dia tak dilangsaikan lagi mestilah kena jumpa.  Muahaha! Namanya Hidayatullah bin Mohamed Zamree.

 
Thank you Sensei. And wishing you the best of luck!

Friday, December 23, 2011

Happy X'Mas.

Happy X'Mas Everyone.. Have a good day.. (25/12/2011)

Season's Greetings from 2PM :)


Hew hew Yang duduk tengah-tengah atas sofa tu aku punya :P OK TAECYEON


Tiada kata.

Aku berjalan di persisiran pantai yang ditiupi angin yang sepoi-sepoi sambil mendengar kemerduan lagu yang sangat indah dinyanyikan oleh Celine Dion- My Heart Will Go On. Hati, Jiwa dan Fikiran aku terasa tenang bagaikan aku duduk di atas awan nano. Hati ini bagaikan ianya di isi penuh sampai tiada lagi kekosongan yang menggelapkan langit aku. Tiada perkataan yang boleh diucapkan ketika itu hanya aku mampu senyum keikhlasan di penuhi kegembiraan yang tiada tandingan. Aku ingin berada di situ buat selamanya kerana dengan mendengar ombak, melihat suasana yang tenang dapat menjauhkan diri ini dari masalah, dari kesedihkan yang selalu menumpahkan air mata, dari kawan yang menyakitkan hati ini dan meninggalkan kesan yang sangat dalam. 

Aku berjalan dan terus berjalan dengan memakai skirt panjang berserta baju T-shirt di pakai bersama inner sambil memegang sepasang selipar. Kedua belah tapak kaki aku tidak terasa letih dan tidak terasa sakit seperti selalu, ia terasa segar kerana menyentuh pasir yang sejuk. Matahari baru sahaja mahu terbit. Keindahan itu sangat memegunkan aku sampai hanya satu perkataan iaitu "Cantiknya" dikeluarkan dari mulut aku. Aku terpegun melihat keindahan alam yang dicipta oleh Allah. Ianya sungguh cantik.